|
SuLuhKaN SiNaR |
Wednesday, March 16, 2005 |
SULUHKAN SINAR by KRU Publishing Sdn Bhd
Bayangkan hanya berbumbung langit Berdinding sekadar angin Kerana syurga mereka telah dimamah bencana Satu harta yang tinggal hanya nyawa
Bayangkan semua insan tercinta Dirampas sekelip mata hilang entah ke mana Nisan pun tiada tempatnya Warisan keluarga hanya pada nama
Oh Tuhan, beri ketabahan hati mereka Menempuhi dugaan yang melanda Kita sesama manusia turut mendoakan Agar Kau suluhkan sinar dan harapan
Ketika kita bersyukur dilindung Ada mereka diselubung pilu Mengharungi hidup bergantung pada simpati 'Masa depan' hanya sejauh esok hari
Oh Tuhan, beri ketabahan hati mereka Menempuhi dugaan yang melanda Kita sesama manusia turut mendoakan Agar Kau suluhkan sinar dan harapan |
posted by F!oNa @ 10:59 AM |
|
|
|
|