|
FELIX AF3 TETAP JUARA DI HATI PEMINAT |
Friday, August 12, 2005 |
Oleh : Gidong & TomKurus
Pastinya ramai para peminat dan pengundi Felix yang terpaksa akur dengan keputusan yang telah diumumkan pada konsert terakhir Akademia Fantasia pada Sabtu yang lalu. Rata rata ramai yang telah mempertikaikan tentang keputusan tersebut dimana seorang pelajar telah menggondol bersih semua anugerah yang telah dipertandingkan termasuklah juara keselurahan, vokal terbaik dan persembahan terbaik
.Namun disebalik kegagalan Felix untuk muncul sebagai juara di AF musim ketiga ini, beliau masih mampu untuk pulang sebagai pemenang tempat naib juara. Ini adalah kali kedua berturut turut pemenang naib juara AF disandang oleh pelajar dari Sabah selepas Linda AF2 pada musin kedua yang lalu.
Walaupun Felix gagal untuk memenuhi harapan yang menggunung para peminat serta pengundinya, namun bagi mereke, Felix adalah juara yang sebenarnya. Bagi ribuan peminat Felix di seluruh Malaysia, walau apa pun keputusan yang telah diumukan, mereka tetap menganggap Felix sebagai juara yang telah memepersembahkan persembahan yang begitu mantap sekali sejak dari konsert prelude lagi sehinggalah konsert yang terakhir sabtu lalu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa persembahan Felix kurang menarik pada malam akhir konsert AF3. Keadaan persekitaran yang tertekan memandangkan itu adalah konsert yang terakhir mungkin penyebab kepada keadaan itu. Namun persoalannya kini, adakah kayu pengukur untuk menjadi juara adalah hanya pada malam konsert tersebut itu sahaja? Bagaimana pula konsert konsert yang sebelumnya dimana Felix telah menunjukan persembahan yang begitu menarik sekali. Adakah pujian pujian daripada pengkritik pengkritik serta persembahan vokal Felix tidak cukup untuk menarik perhatian peminat peminat AF di negara ini? Apa sebenarnya kriteria yang dicari oleh pengundi pengundi AF ini agar seseorang itu bergelar Juara?
Banyak yang memperkatakan kemenangan juara AF3 ini, Mawi, banyak dibantu oleh pemberian lagu yang bersesuaian dengan suara Mawi, kita sendiri melihat sewaktu penyerahan lagu final semasa diari hari pertama minggu terakhir dimana Mawi diberikan lagu Seroja dan lagu Saleha. Betapa gembiranya Mawi dengan kedua-dua lagu tersebut sedangkan di pihak Felix dia menerima lagu yang dia sendiri tidak pernah mendengar Kuda Ku Lari. Begitu juga dengan lagu yang diberikan kepada Amylea yang bertajuk “Sweel Child Of Mine”, amat membantu Amylea untuk bergelar tempat ketiga berbanding dengan lagu yang diberikan kepada Marsha yang bertajuk “Manusia. Ini bukanlah pertama kali Marsha disogokkan dengan lagu lama.
Berbalik kepada lagu Mawi, kedua-dua jenis lagu yang diberikan kepada Mawi mengandungi unsur-unsur nasyid dan irama padang pasir. Tidak dinafikan pembawaan Mawi dan persembahannya pada malam final memang berkesan tapi tidak sepatutnya pihak pengurusan AF memberikan “kelebihan” pilihan lagu yang memang sedap berbanding dengan lagu Felix yang sekadar boleh mencari makan. Seolah-olah semuanya telah dirancang dengan memberi lagu yang boleh “memberi” kemenangan kepada seseorang pelajar sedangkan mereka tahu bahawa itu adalah konsert yang terakhir. Jika dilihat lagi yang dinyanyikan oleh Felix, Kuda Ku Lari, selama ini amat jarang kita dengar, dan umum mengetahui bahawa lagu ini adalah lagu yang disampaikan oleh seorangpenyanyi perempuan. Lainlah jadinya kalau seperti lagu Amylea kerana lagu Gun n Roses tu memang digilai oleh seluruh peminat musik sedunia. Inilah persoalannya, apakah tidak terjadi “double standard” dan pilih kasih dalam rancangan yang ditonton ramai ini ??? Kita pun tak tahu kenapa Felix diberikan lagu sebegini sedangkan ini adalah konsert final untuk menentukan juara, diburukkan lagi dengan susunan muziknya yang diubah-ubah , kononnya nak jadikan lagu tersebut nafas rock. Kenapa perlu mengubah konsep sesebuah lagu ? Adakah pihak pengurusan AF sudah kehabisan lagu Malaysia sehingga Kuda Ku Lari saja yang diberikan kepada Felix ? Kalau konsert pertama dan kedua mungkin kita boleh terima tetapi ini adalah konsert final… Kenapa ?
Mari kita bersimulasi sejenak, bayangkan SEROJA lawan KUDAKU LARI, SWEET CHILD OF MINE lawan MANUSIA .. Nampak seperti ada sesuatu yang memang tak kena dengan lagu-lagu tersebut.. Ini diburukkan lagi dengan pelajar yang mendapat lagu yang tidak sepatutnya itu kedua-duanya berasal dari negeri yang sama.
Siapa menang sebenarnya bukan persoalannya tetapi cara pemberian “HAK” yang sepatutnya boleh diperbaiki dan untuk mengelakkan kontroversi daripada berlaku. Pemberian lagu kepada pelajar memang nampak ada yang tak kena. Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia nampak permainan ini, seakan-akan pemberian lagu ini mahu menjatuhkan undian seseorang . Alangkah baiknya kalau pihak pengurusan AF ini telus dalam pemberian lagu biarlah setiap pelajar diberikan lagu yang sememangnya popular semua, bukan pelajar ini dapat lagu popular dan pelajar lain pula mendapat lagu yang kita tidak pernah dengar selama ini.
Apa apa pun memang begitu ramai yang sedih atas kegagalan Felix untuk merangkul juara pada musim ke-3 ini.. Sehingga ada sesetengah pengundi yang akan memboikot program ini pada masa hadapan. Banyak isu isu yang telah diketengahkan atas kegagalan pelajar yang berasal dari Sabah ini. Kini , ada yang telah mengatakan TIDAK kepada Akademi Fantasia untuk musim ke 4, sekiranya ianya masih diteruskan, dan tidak kurang juga mereka yang mengutarakan idea untuk mengundi secara AFBOIKOT bagi menunjukan ketidakpuasan hati masing masing. Apa apa pun, inilah dia program realiti Akademi Fanatsia yang penuh dengan kejutan dan juga kontroversi.
Namun, itulah hakikatnya yang perlu dihadapi. Jika dahulu, program realiti ini bertujuan untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia melalui satu program yang berkonsepkan kekeluargaan, tapi kini tidak lagi. Malahan, ia telah menjadi topik hangat yang dibincangkan di seluruh Negara, malahan ianya juga hangat diperkatakan di Dewan Parlimen. Apa yang menyedihkan, program ini telah menjadi tempat untuk para peminat mengutuk pelajar pelajar yang tidak disukai melalui @Channel 15. Itulah hakikatnya yang perlu ditangani oleh ASTRO serta badan kerajaan yang berkaitan.
Namun disebalik ketidakpuasan hati ini, ada juga suara suara yang kecil yang mengatakan keberkesanan program ini. Bak kata seorang peminat, Mamaii, di forum Felix Agus Fan Club (FAF) menyatakan “…bagi saya ini merupakan salah satu cara kita untuk mempromosikan Sabah dan juga mengetengahkan bakat bakat besar yang memang ada dikalangan masyarakat Sabah. Seperti yang selalu Felix lakukan, beliau akan bercakap dalam bahasa ibundanya apa bila berdepan dengan kamera dan pada pendapat saya ada dikalangan peminat serta pengundinya dari semenanjung yang ingin tahu secara mendalam dan belajar bahasa ini…”
Walau apa juga keadaan ini, sebagai peminat Akademia Fantasia, kita tidak seharusnya terlalu taksub dengan program ini sehingga boleh membawa kemudaratan kepada masyrakat setempat. Sama ada kita hendak mengundi atau tidak pelajar kesayangan kita, itu adalah hak kita sendiri dan apa juga keputusan yang diumumkan itu adalah atas keputusan yang telah kita buat terhadap hak kita itu.
**ARTIKEL INI BOLEH DIBACA DI THE NEW SABAH TIMES KELUARAN 9 OGOS 2005 (SELASA) |
posted by F!oNa @ 11:59 AM |
|
|
|
|