Begitulah Ceritanya: 'Cerita kahwin itu tidak benar' Oleh Farihad Shalla Mahmud -kredit pic = SCIAS ( http://scias.blogspot.com )
-ish.. ish.. apa sa bilang tu .. just gosip sija hehe.... -Masi cantik maciam dulu juga.. langadon oku dika udui.... SAYA MASIH SOLO TERGELAK besar Linda kala diajukan soalan apakah benar khabar yang menyatakan beliau kini adalah isteri kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Masidi Manjun seperti yang digembar-gemburkan ketika ini. Malah, isu ‘perkahwinan; itu juga dikatakan menjadi punca misteri kehilangan Linda daripada arena seni tanah air. “Ingin saya maklumkan di sini bahawa saya masih solo dan belum berkahwin. Semua cerita itu tidak benar. Jangan lekas percaya,” pinta Linda sambil mengaku dia bengang dan terkilan dengan dakwaan itu. Menurut Linda, dia tidak menduga khabar angin yang sudah lama diperkatakan di negeri kelahirannya itu tersebar luas. “Sebelum ini cerita pasal saya kahwin itu sudah lama diperkatakan dalam internet. Malah sepupu saya juga tertanya-tanya kebenaran berita itu. Tapi keluarga saya anggap cerita itu hanya gosip biasa saja. Tak sangka pula ia boleh tersebar hingga ke Semenanjung” kata Linda diiringi ketawa kecil di hujung talian. Ditanya bagaimana cerita perkahwinan itu boleh tersebar, Linda berkata perkara itu barangkali ada kaitan dengan salah faham orang ramai mengenai hubungannya dengan VIP terbabit. “Saya memang mengenali Datuk Masidi itu kerana dia adalah antara penyokong kuat pelajar Sabah yang menyertai Akademi Fantasia musim itu. Malah, dia juga banyak mengundang Linda dan kawan-kawan membuat persembahan. Mungkin dari situ orang membuat andaian bahawa Linda ada hubungan dengannya lalu keluarlah cerita yang bukan-bukan. “Itulah, ingatkan bila saya mendiamkan diri, tak terbabit dengan kegiatan seni, saya tak kena gosip tapi kena juga,” keluh Linda. Linda juga berharap penjelasannya ini akan dapat memperbetulkan kekeliruan peminat sekali gus membersihkan kembali namanya dan juga lelaki yang dikaitkan dengannya itu dari terus tercemar. “Cukuplah dengan segala gosip yang pernah dilemparkan kepada saya sebelum ini. Saya tak mahu kerana gosip murahan sebegini peminat tidak menyenangi saya dan kerjaya seni saya musnah dengan sekelip mata,” pinta Linda penuh pengertian. ***Ditebak pertanyaan apakah dia sebenarnya merajuk gara-gara kecewa dengan kerjaya seninya yang masih terumbang ambing, Linda menafikan andaian itu. “Saya tidak kecewa jauh sekali merajuk. Seperti yang saya jelaskan tadi, saya pulang ke kampung untuk membantu bisnes keluarga. Cuma apa yang boleh saya jelaskan di sini adalah kesihatan saya tidak begitu mengizinkan untuk saya kembali menyanyi. Penyakit tonsil saya semakin teruk sehingga saya tidak mampu menyanyi dengan baik,” dedah Linda. Menurut Linda, bukan dia tidak pernah berubat malah pelbagai cara sudah dicuba baik tradisional mahupun perubatan moden namun penyakitnya itu masih belum sembuh sehingga kini. Mengenai dakwaan dia sukar dihubungi, Linda berkata dia sendiri merasa hairan mengapa perkara itu menjadi alasan Maestro setiap kali ada pihak yang bertanyakan mengenai dirinya. “Saya sendiri tidak faham mengapa mereka memberi alasan sedemikian. Mereka tahu saya berada di mana dan mereka juga menyimpan nombor telefon saya. Jadi tidak timbul alasan yang menyatakan saya sukar dihubungi,” ujarnya. P/S : Naa HAPPY ba sia nie sebab ternyata cerita mengenai Linda berkahwin dengan Datuk Masidi (Menteri Belia dan Sukan) sekadar GOSIP belaka. So kepada nyamuk² di luar sana... AIMAN TAK KISAH !!! hahahaha... |