|
LITTLE LIFE di Studio RTM (Miampai Artis) |
Saturday, November 11, 2006 |
Shallom... Selamat pagi semua.. hari nie mo update pasal Ababaian Miampai Artis di radio Sabah VFM semalam.. untuk penetahuan, rancangan ini bermula setiap 9.45mlm setiap Jumaat. lets check it out ;
DJ : Rina Salutan ARTIS : LITTLE LIFE (Benjamin Yunus@Ben, Nelson & Daniel william) ASAL : Kiulu (Poturidong & Rugading)
♥Lagu Pertama : OILAANKU GINAWONU by Nelsen * Siapa yang buat lagu tadi? = Kawan saya,Raynol Thomas.. *Inikah album pertama kamu? = Nelson- Saya pernah buat 2 album pada tahun 2001 & 2003. sekarang nie saya dan 2 orang sahabat buat album pertama dari kami. * Siapa ketua kumpulan diantara kamu? = Semua pun bekerjasama, semua pun ketua kumpulan (ketawa)... * Berapa lagu dalam album kamu? = Ada 10 buah lagu.setiap seorang nyanyi 3 buah lagu & 1 lagu duet dari kami. * Album sudah ada di pasaran? = Buat masa nie belum lagi. Kalau bukan akhir bulan November, awal bulan December. * Siapa yang terbitkan album nie? = Kumpulan kami sendiri. * Siapa yang cipta lagu? = Kami sendiri & ada kawan tolong buat lirik iaitu Raynol Thomas & Frejo Dorin. * Siapa yang fikirkan idea "LITTLE LIFE" sebagai nama kumpulan? = Ben. * Macam mana boleh terfikir nama "LITTLE LIFE" (koposion di tokoro) ini? = Sebab kami memulakan kerjaya kami dari bawah. ♥ Lagu Kedua : KUMAA DI KARATI by Daniel William * Lagu nie ada kaitan dengan Daniel? = (ketawa) saja² nyanyi.. * Berapa umur kamurang? = Ben-33, Daniel-30, Nelson-27 * Kamu kumpulan yang nyanyi saja? tiada band/alat muzik sendiri? = Selain menyanyi, kami ada alat muzik sendiri untuk buat praktis. * Ada rancangan untuk buat album kedua selepas nie? = Azam terus berterusan dan jika sambutan menggalakan dari peminat kami akan buat. * Dari pemanggil, "Jika nak buat album kedua, saya boleh join?" = Boleh bah, tiada masalah. * Di mana kamurang rakam lagu? = BMS Studio milik En.Leonard Sintia. * Mana susah nak buat? Lirik atau lagu? = Masing² ada bakat.. ada yang susah buat lirik dan sebaliknya. * Boleh Nelson nyanyi secara live? = Boleh.. (nyanyi lagu "Polombusonku Suang Ginawo" -lagu yg dicipta oleh Frejo Dorin) ♥ Lagu Ketiga : HARO NODI KUSAI SUAI ID GINAWONU by Ben * Lagu tadi ada kaitan dengan Ben? = Tiada.. saja nyanyi² (ketawa) * Apa alat muzik yang kamu pandai main? = Gitar. * Apa rentak lagu yang kamu bawa dalam album kamu? = Joget, sumazau, slow rock, balled & cauntry. * Ada CD kamurang ka? = Setakat nie hanya keset saja dan belum berada di pasaran. * Soalan untuk Daniel, sudah berkahwin? = Sudah. * Ucapan terakhir dari kamurang? = Thanks kepada peminat yang sudi telefon di studio dan yang sudi menghantar sms. Terimakasih kepada En.Leonard Sintia, Raynol Thomas Frejo Dorin yang banyak menyokong kami. Terimakasih juga kepada RTM dan Rina sebab sudi menjemput kami untuk memperkenalkan album kami kepada peminat. Terimakasih juga kepada peminat dan penggemar muzik dusun. Harap sokongan anda berterusan.
Sia Bilang : - Semalam memang happy la sebab dapat dengar radio, tingu tv & dengar suara DIA :) hehe...uisehh... oh ya, semalam sms juga dengan bro James & Daniel Bansatan. Sama² dorang dengar Bontugan Sinding.. but bro James & Ateng sedang main band di *** <-- lupa o.. Bervely Hills kai tu? dei.. wa busy dorang... o iya.. my bestfriend's birthday kemarin. Inda dapat celebrate sama dia.. sia kerja. Cian dia Love u Lai. |
posted by F!oNa @ 9:21 AM |
|
|
|
|