|
Wilton Hamdy Guduk di RTM (Miampai Artis) - 22 'JUNE '07 |
Sunday, July 15, 2007 |
DJ : MAIDAH YUNGKIT ARTIS : WILTON HAMDY GUDUL TEMPAT ASAL ARTIS : KG. TIMBANG MAGARIS, KOTA BELUD.
- Kamu dari mana tadi? Kota Belud? = Dari kundasang. - Sibuk kah sekarang? = Ya.. saya sibuk berlakon. - Dulu kamu pernah ikut Pertandingan nyanyi Idola Sabah kan? dapat nombor berapa? = Top 10 saja. ♥ Lagu Pertama : SUNUDAI OKU KOUPUSAN - Siapa buat lagu tadi? = Lagu dan lirik oleh Andrew Poninting @ Apai. Lagu ini yang sia bawa waktu Idola Sabah. - Ada album suda? CD ? = Belum ada.. masih dalam proses. - Album solo kah? = Campur². Ada yang dari Idola Sabah & ada juga artis jemputan kami. - Bila keluar album? = Tahun depan sebab sekarang nie masih sibuk berlakon. - Tiada keinginan mo buat MTV karaoke? = Ada. - Berapa umur anda ? = 19 tahun (woooo muda tul hehe) - Tinggal kampung apa di Kota Belud? = Kampung imbang Mangaris jalan Kudat. - Album kompilasi ini ada berapa lagu di dalam? = 10 buah lagu. Saya nyanyi 2 buah lagu. - Rakam lagu di mana? = Studio Satilie, Ranau. (Ada sangkut paut dengan Hain Jaslie) - Ada cincin sudah di jari? (wah soalan penuh bermakna nie hehe) = Tiada.. belum lagi. - Apa bangsa? = Dusun Tobilung. - Suka berlakon atau menyanyi? = Dua² pun suka. Mana yang ada peluang, itulah yang akan didahulukan. - Apa² telemovie yang wilton ikut? = "Bukan Orang Kita"tahun 2006 , "Khabar Dari Borneo - Pangait & Pontianak". KDB ini dipasarkan ke seluruh Malaysia dan bahasa yang digunakan ialah melayu Sabah. - Masih bersekolah? = Tidak - Berlakon sepenuh masa? = Ya. - Pandai main alat muzik? = Pandai.. gitar & keybord. ♥ Lagu kedua : SIOU KA NU DOHO (akustik version.. Single terbaru wilton) - Siapa cipta lagu ini? = Ramli Ahmad. - Ada lagu joget dalam album kompilasi? = Tiada. - Berapa lama sudah jadi artis? = Tahun ini masuk 3 tahun. - Apa agama Wilton sebab nama maciam orang muslim? = Kristian. - Masih bujang? = Ya. - Ada nombor h/p ? = Tidak ingat no. h/p sebab sim baru .. h/p tertingal di luar konti. - Macam mana mo hubungi Wilton sekiranya ingin menjemput menyanyi di majlis²? = Telefon saja di : 0138585666 (Toni Francis Gitom) - Tidak mau shooting di Sandakan? = Nanti akan ke sana juga dalam Bangkel Seni Lakon akan datang. - Lagu "Siou Ka Nu Doho" rupanya ada 2 version kan? = Ya .. programing version & Akustik version. ♥ Lagu Ketiga : SIOU KA NU DOHO (Programing version) - Wilton ada ikut berlakon dalam "Sabah Menjerit"? = Ada (ketawa) - Siapa² yang menyanyi dalam album kompilasi ini? = Saya, Ronie Subir, Jonis Kolod, Ramly ( maybe ejaan nama nie salah.. sila perbetulkan) - Tidak mau datang Tenom? = Bulan 8 nie kami akan ke sana dalam Bangkel Seni Lakon. - Apa yang boleh dipelajari dalam bangkel itu? = Dapat pengetahuan berlakon, Macam mana ambil gambar yang bagus dll mengenai lakonan. - Berapa yuran yang diperlukan untuk menyertai bangkel itu? = RM50 kepada yang bekerja dan RM30 kepada pelajar. - Sejak bila mula berlakon? = Tahun 2005 selepas Sabah Idol. Francis gitom buat telemovie dan kami yang menyertai Sabah Idol diambil berlakon dalam telemovienya. - Apakah pesanan anda kepada pendengar? = Beli album kami yang original. Jangan beli yang cetak rompak. Hidupkan bangsa kita.
YaN's Bilang : - Nie temubual pun lewat uda sia posting... lalalala :) .. FYI, lagu "SIOU KA NU DOHO" memang sudah berada dalam Carta Bontugan Sinding Minggu Diti. Tahniah Wilton.
|
posted by F!oNa @ 2:00 PM |
|
|
|
|