|
JOHN SAMUD DI STUDIO RTM (15/09/06) |
Sunday, September 17, 2006 |
Shallom...
Semalam sia dengar Radio sebab tiada rancangan Tv yang best .. Ngam² memang sia mo dengar radio sebab hari jumaat ada “Ababaian Miampai Artis”.. tertanya² juga sia sepa artis yang dijemput kali ini.. & okee.. happy juga sia sebab c bro John pula.. ba nie sedikit laporan tentang perbualan diantara c DJ Matinin, bro John & pemanggil disamping beberapa sms dari peminat :
* John berasal dari mana? -Kampung Sarang ,Kota Belud. * John ialah seorang penyanyi yang cukup dikenali dengan irama dangdut kan? -Ya.. sudah semestinya (ketawa) * Baru sampai di KK ? Kota Belud selalu hujan? -Saya sampai sejak pagi tadi… ya di Kota Belud setiap petang mesti hujan. (ketawa) @ Lagu pertama – OMPUNAI OKU * Dengar² John ada album baru? -Sebenarnya album yang baru keluar nie ialah album kompilasi kami seramai 4 orang. * Sejak bila album nie berada di pasaran? -Satu bulan lebih. *Tahun berapa anda mula² aktif dalam nyanyian dan menhgasilkan album? -Pada tahun 1991 sewaktu saya baru sahaja keluar dari Maktab. *John aktif dalam nyanyian kan? Apa pencapaian buat masa ini? -Sekarang saya ada Studio sendiri yang diberi nama Sabah Music Poduction.Ada banyak sudah artis yang berada dibawah naungan SMP.. Dalam setahun saya akan menghasilkan sekurang²nya 2 album. *Apa tajuk album pertama John? -Makan Gaji Bolou (buta) ia berentak sumazau. *Kenapa suka irama dangdut? - Sebab pelbagai lapisan masyarakan boleh terima lagu tu & juga menghiburkan. *Kebanyakan lagu John berirama dangdut..Apakah John suka dengar lagu dangdut dari Indonesia? -Saya lebih suka dengar dangdut dari Hindustan… Saya memang suka lagu dangdut sebab boleh buat kita gembira. *Ada album yang bakal keluar ? -Ada.. album khas Hari Natal. Ada juga Telemovie bakal keluar bulan 10 nie yang bertajuk “Kawan Makan Kawan” . Lokasi penggambaran ialah di Kota Merudu dan Kota Belud. *Kalau tak silap anda ialag Cikgu selain dari Penyanyi.Macam mana John bahagikan masa? -Pertama sekali, mesti ada disiplin kerja. Membahagi masa menyanyi dan mengajar iaitu pagi² saya akan berada di studio dan tengah hari pula bersiap sedia ke Sekolah untuk mengajar. * Di mana John bertugas sebagai Cikgu? - SMK.Arshad (ehemmmmm sono dekat sija sama rumah sia tu tau hehe studio dia pun di depan cc sia sija hehehe) @ Lagu kedua – LOYUK RUMAMAI *Selain irama dangdut, John boleh nyanyi lagu irama lain? -Boleh…. Apa saja lagu sia akan nyanyi… *Kamu memang serba boleh (ketawa) Kenapa suka guna perkataan “ARAMAITI”? -Satu tingkahlaku yang saya lihat ada pada masyarakat dan saya dapat idea tu untuk dimasukkan dalan sesetengah lagu saya juga dalam telemovie saya. Aramaiti tak hanya bermaksud “moginum” saja tapi suatu perasaan berterimakasih dan suasana yang gembira. Senang hati.. kehidupan penuh masalah dan jangan biar masalah menguasai hidup kita.Jadi, aramaiti!! (ketawa) *Dalam album baru nie ada 4 orang kan? -Ya. Saya nyanyikan lagu dusun & 1 lagu rungus (Selamat Hari Lahir) lagu murut yang saya nyanyikan itu dicipta oleh kawan saya –Yunas. Junaitri dan yunas akan menyanyikan lagu berbahasa sungei dan Apir Sausun akan nyanyikan lagu rungus. *Sampai sekarang, berapa sudaj album John? -Album solo ada 9 buah manakala album kompilasi ada 3. Jadi kesemuanya 12 buah. *Apa pendapat John dengan lagu baru dan lama? -Kita kena ikut peredaran masa.. sampai kini John Gaisah masi dikenali dan diterima ramai.lagu² baru pula buat pembaharuan dalam lagu.Jadi bagi saya, lagu lama adalah sebagai landasan dan yang baru sebagai perintis masa depan. Jadi saling memerlukan dan memperbaharui. *Macam mana cara John mempromosi album² John? -Promote melalui RTM, Sabah Times, Buat persembahan² sewaktu hari perayaan seperti Tahun Baru Cina. Pernah juga la buat persembahan sendiri untuk promote album sendiri. *Sebagai artis, pernah ka jual album sendiri? Kalau jual sendiri, perlukah ada rasa malu? -Sebagai artis, kita jadi milik masyarakat. Jadi tidak perlu timbul soal malu untuk menjual album sendiri.Saya tak pernah jual sendiri sebab saya ada ejen khas yang membantu saya. *Boleh nyanyi secara life? -Boleh… nyanyi lagu “ANGELINA” sempat bagi tau lagu nie dicipta sewaktu John sedang mendukung anaknya Angelina. *Selain nyanyi, John berlakon kan? Adakah Lakonan itu ialah cerita sebenar atau hanya rekaan? - Lakonan tu Cuma rekaan semata². *Lagu kamu ada yang seakan² lagu yang Felix nyanyi – Semut Merah. Jadi apa penjelasan John? -Iya.. lagu tu memang lagu asal “Semut Merah” yang diterjamahkan ke bahasa dusun. *Lagu “makan Gaji Bolou” bila nak diperbaharui? - Setakat nie belum lagi sebab kena utamakan lagu² baru dahulu. @ Lagu ketiga – SELAMAT HARI LAHIR (bahasa rungus) * Dalam banyak² album, mana satu paling pemes? - Top 10 (1) dan Aramaiti serta Album bersama Isteri saya. *Pernah terfikir album tak laku? -Memang ada tapi walau macamanapun terpaksa hadapi risiko. Tapi itu tak membuatkan saya putus asa. *Apa kenangan manis sepanjang John bergelar artis? -Berterimakasih kepada peminat yang menyambut baik saya sebagai penyanyi dan suka lagu saya. Masa album pertama tu, saya masih belajar di “U” .. jadi jualan album saya yang laris saya dapat gunakan untuk meneruskan pembelajaran saya. Paling berterimakasih kepada isteri tersayang yang memahami kerier saya sebagai artis dan sentiasa memberi dorongan kuat kepada saya dan tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan². * Lagu “Piginawaan Timpak Nabalu” termasuk dalam album yang keberapa? -Album ke-2. * John pandai nyanyi lagu yang ada jmuzik cina tak? - Okee untuk pengetahuan ramai, Hujung tahun ini saya akan buat penggambaran satu lagu saya yang berirama cina.. baju, persekitaran dan alat muzik kesemuanya dari chaina. Cuma bahasa saja yang dusun. Kesemua kos ke chaina akan ditanggung oleh studio saya sendiri iaitu SMP. * John rakam kesemua lagu tu dimana? -Di studio saya sendiri iaitu Sabah Music production yang berada di Kota Belud. * Ada nombor telefon? Mungkin nak buat temujanji rakaman nanti? - Ada… SENSORED !! ngeh ngeh…. @ Lagu keempat – NOKOSUAI GINAWONU * Apa pesanan terakhir? - Terimakasih banyak² kepada peminat sebab tanpa kamu siapalah saya. Jangan lupa dapatkan telemovie “Kawan Makan Kawan” bulan oktover nanti.
Sia Bilang : - Atukoi… happy sia dapat ikut kesemua temubual nie. Good luck bro John.
P E A C E |
posted by F!oNa @ 9:03 AM |
|
2 Comments: |
-
Ada siap2 yg tau alamat john samud kah.boleh Emil kan kpd saya d vinwin506@yahoo.com tq
-
Ada siap2 yg tau alamat john samud kah.boleh Emil kan kpd saya d vinwin506@yahoo.com tq
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
Ada siap2 yg tau alamat john samud kah.boleh Emil kan kpd saya d vinwin506@yahoo.com tq