|
Antonio Robert @Miampai Artis - RTM Sabah. |
Sunday, January 21, 2007 |
Shallom to all.. Dibawah ialah laporan tertunda sia pasal temubual diantara artis, Dj dan pemanggil dalam rancangan Miampai Artis (Bersama Artis) di Radio Sabah VFM - Kosolimbahan boros Dusun. FYI, sia uda edit perbualan ini supaya lebih ringkas dan mudah difahami.
DJ : MATTININ YUKIN. ARTIS : ANTONIO ROBERT. ASAL ARTIS: APIN-APIN, KENINGAU. TARIKH TEMUBUAL : 19 JANUARI 2007.
- Apa khabar tobpinai.. anda boleh perkenalkan siapa nama dan asal anda. = Terimakasih Dj, Saya Antonio Robert berasal dari Apin-apin, Keningau. - Tadi kamu dari mana? = Saya dari Papar sebelum ke sini. - Sudah keluar album? = 3 minggu lagi maybe akan keluar. Sekarang sedang dalam proses. - Rakam lagu di Studio mana? = SMS Studio di Papar. - Berapa tempoh anda ambil untuk siapkan proses rakaman? = 6 bulan. ♥ Lagu Pertama : SMS MANTAD DIKA - Bila buat lagu tadi? = Sejak setahun lebih yang lalu. - Siap yang cipta lagu tadi? = Lagu dan lirik saya sendiri buat. - Sepanjang bergelar sebagai artis, ada berapa album yang pernah anda buat? = Album sekarang ini ialah album solo yang ke-2. - Apa perbezaan album dulu dan sekarang? = Dulu sia buat 100% menggunakan komputer salam konsep midi dan sekarang 80% buat secara live. - Sering kita lihat kebanyakan album hanya ada 10 trek lagu tapi kenapa anda ada 12 trek lagu? Adakah ia merupakan bonus atau apa? cuba jelaskan :) = Ya.. sia memang sengaja buat 12 trek dan 2 lagu tu sebagai bonus. Lagipun lagu yang sia ada banyak so rakam ja la :) .. Sia juga ada rancangan untuk buat 16 trek untuk album sia yang seterusnya :) - Wah.. tidak luki (kedekut) aah :) = Hehehe :) ♥ Lagu Kedua : AU KOH OSONGULUNAN - Judul lagu tadi ialah tajuk kepada album kedua anda kan? = ya :) - Selain penyanyi, apa kerja anda yang lain? = Sia kerja di Music Mart (sekolah belajar muzik), Papar sebagai guru muzik keybord,gitar & muzik komputer. - Berapa bayaran yang dikenakan jika nak belajar di sana? = Bayaran ditetapkan setelah berbincang dengan pengurus di sana. - Apa khabar? Berapa umur anda dan suda berkahwin? = Khabar baik :) Saya berumur 33 tahun dan sudah berkahwin. - Sudah keluar keset? = Belum lagi. Sudah dihantar dan sekarang dalam proses pembikinan. 3 minggu lagi akan keluar. Maybe hujung bulan 2 keluar lah. - Hai.. sia minat belajar main keybord. Macam mana nak cari tempat belajar tu? = Cari saja Music Mart di Papar. - Berapa lagu yang terdapat dalam album anda nie? = 12 buah lagu. - Apa² rentak yang terdapat dalam album anda? = Pop Rock, Agogo dan Joget. - Siapa buat semua lagu dalam album anda nie? = Semua lirik dan laguya saya buat sendiri. - Apa perasaan anda sebagai artis yang akan keluarkan album? = Bimbang tu ada luga sebab rentak dan lagu sia berbeza dengan yang lain. Tapi apa yang lebih penting sia gembira dapat berkongsi bakat dengan pendengar/ peminat. - Apa pendapat anda dengan persaingan dunia artis tempatan sekarang? = Persaingan sekarang makin banyak dan sengit tapi itu lebih baik sebabmakin banyak persaingan, muzik/ lagu yang dihasilkan makin baik dan berkualiti. - Berapa no.h/p anda? Lama sudah nak cari kelas muzik ;) = 088-811 803 <--anda boleh dail no.ofic Music School ini :) tq .. ♥ Lagu Ketiga : HONEY, AYANG, SINTA, I LOVE U - Siapa buat music untuk ke-12 lagu anda nie? = Saya sendiri. - Tahun bila anda mula aktif dalam bidang muzik? = Sejak 1993 sebab 1996 album 1st saya keluar. Lebih kurang 2 tahun sebelum tu la. - Siapa yang selalu bagi galakan kepada anda untuk menceburi bidang ini? = Tiada sebab sia sejak kecil sudah minat muzik..ia datang dari diri sendiri :) - Pernah ikut mana² pertandingan nyanyian? = Pernah tapi tidak aktif ikut pertandingan laa. - Macam mana cara anda buat lagu? = Sia pemuzik kan.. so bila ada lagu barulah buat lirik. - Berapa kos/ modal buat album? = Kebiasaannya lebih kurang RM5000 lah. - Apa kelulusan anda dalam bidang muzik? = Gitar gred 7 (kelulusan dari Australia) -wow buli tahan o urang kita! ♥ Lagu Keempat : TONDU KOUPUSANKU - Apa pesanan anda untuk peminat? = Kalau nak beli album, belilah yang original sebab kalau beli yang cetak rompak, kami aka rugi. Dan bila rugi, kami takkan dapat pulangan yang diharapkan. So tiadalah modal untuk menghasilkan album yang seterusnya. Kepada Produser SMS Studio, Mr.Georgie, thanks. Harap kita suksess selalu. kepada mrs Johaira Jenet Abie iaitu isteri saya, maafkan segala kelemahan saya sepanjang kita bersama dan terimakasih yang tak terhingga kerana menemani dan menyokong saya sepanjang hidup ini. Dan kepada DJ juga, terimakasih kerana menjemput saya ke konti RTM hari ini. - Miagal nopo.. ♥ Lagu Kelima : OUSIKOU GINAWOKU
Sia Bilang : - Uiseh memang siuk la lagu c bro Antonio nie.. dia memang kreatif. Dia juga peramah dan seorang artis yang berpelajaran tinggi dalam bidang muzik. Teruskan usaha. Sia memang rekomen anda untuk dapatkan album bro Antonio Robert yang original! Ndak rugi pinya ♥ |
posted by F!oNa @ 9:51 AM |
|
|
|
|