|
S.Welly Kiloh di RTM (Miampai Artis) - 09 Mac '07 |
Saturday, March 10, 2007 |
Hi semua.. Sekali lagi bertemu. Kali ini sia update lai pasal Rancangan "Bersama Artis" si radio dusun semalam. Dibawah ialah sedikit perbualan diurang yang suda sia edit serba sedikit.
DJ : MATTININ YUKIN ARTIS : SABIDOL / S.WELLY KILOH MODAL MTV : HENNY DOUMIN / MOMO ASAL : KOTA BELUD & KUDAT.
- Bila album nak keluar? = Paling lewat bulan 4. Harap akhir bulan Mac siap. - Ada berapa lagu dalam album? = 10 lagu semuanya tapi yang mencipta berbeza la. - Selain dusun, ada bahasa lain yg. digunakan untuk lagu² dlm album? = Ada.Bahasa Rungus untuk lagu "Sumandak/Gadis Kudat" lagu nie memperkenalkan Simpang Mengayau kepada umum & diiringi dengan paluan gong Kudat. ♥ Lagu Pertama : POGIROTO NO GINAWO - Tujukan lagu tadi kepada siapa? = Kepada sesiapa saja yang berminat dengar lagu tadi :) - Ada makna lagu tadi dengan kamu? = Tiada.. saja² nyanyi. - Siapa buat lagu tadi? = Dairis Mambuang dari Kg.Tangkarasong Pitas. - Hi Henny, apa perasaan anda bilah terpilih sebagai modal MTV saudara S.Willy? = Gembira dan berdebar² :) - Jika suatu masa akan datang S.Welly ajak lagi buat MTV Karaoke, nak? = Nak :). - Untuk Henny, apa pesanan anda kepada kawan² & pendengan tentang album S.Welly ini? = Belilah sebab lagu² yang ada pun jiwang² semuanya :) - Benarkah semuanyalagu Jiwang S.Welly ? = Bolehlah.. ia terbahagi kepada Percintaan, Pesta Menuai Padi & Perkahwinan. - Ada lagu melayu dalam album? = Sebenarnya bukan album melayu 100% sebab ia lebih kepada bahasa melayu pasar. - Siapa yang buat lagu melayu nie? = Datuk Bad. Tajuk lagunya " Ternyata Ada". - Rakam lagu di mana? - Art Sound Production, Kudat. (Milik Datuk Bad.) - Sejak bila mula menyanyi? = Memang minat nyanyi sejak kecil lagi tapi mula serius pada tahun 2001. - Dengar², S.Welly selalu ikut pertandingan nyanyian dan pernah menang tempat ke-3 di Pertandingan Sugandoi Kaamatan 2003? = Iya benar. ♥ Lagu Kedua : IKA KORUHANG KU (Lagu perkahwinan) - Selain artis, apakah anda ada bekerjaan lain? = Saya kerjadi Hospital (ndak jelas dia sebut di bahagian mana) - Kapung sebenar di mana? = Kampung Gandukut Kota belud. - Lama sudah kerja di Kudat?] = Lama juga lah lebih kurang 3 tahun. - s.welly & Henny kah yang buat lagu & nyanyi? = Tidak. S.welly nyanyi, Henny sebagai modal MTV Karaoke & kawan² yang tolong buat lirik & lagu. - Sebagai artis dan bekerja di hospital, bagaimana anda bahagikan masa? = Berikan komitmen sepenuhnya dalam melakukan setiap kerja. - Berapa umur S.Welly? = Lihat cover album & anda pasti akan tahu. - Sekarang album kebanyakan lagu jiwang, tiada niat nak bbat genre hip hop? = memang ada tapi untuk album yang akan datang.. maybe. - ♥ Lagu Ketiga : HUR KA LOD TOMBOLOG - Apa perasaan Henny bila MTV akan keluar nanti & apa pengalaman ? sila kongsikan. = Gementar juga sebab pertama kali bekerjasama dengan S.Welly. Tak tau la macam mana rupa saya dalam VCD tu hehe.. :) - Andainya suatu hari Henny dapat berduet dengan S.Welly, nak? = Boleh juga. - Boleh tak perbanyakkan lagi lagu² patriotik? = Mungkin di album yang akan datang sekiranya reziki saya panjang. - Apa tujuan buat album & kenapa campuradukkan bahasa lain dengan bahasa dusun? = tujuan utama saya pelbagaikan bahasa dalam album untuk mempelbagaikan citarasa pendengar & salah satu strategi pemasaran sebab saya tinggal di lingkungan orang² Rungus di kudat. Jadi saya tambahkan bahasa melayu pasar & Rungus. Lagi satu, untuk memperkenalkan Kudat khasnya Simpang Mengayau kepada umum. ♥ Lagu Keempat : ID SUANG DOT PIISAAN - Album S.Welly yang akan dipasarkan ini dalam bentuk apa? = Hanya dalam bentuk MTV Karaoke sahaja. - Dengar kata, S.Welly pernah menang Pertandingan Menyanyi pada tahun 2001? = Ya, anjuran Syarikat UEM. Menang tempat ke-2 dgn lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta. - Pernah menang tempat Pertama Pertandingan menyanyi di keningau pada tahun 2002. = Iya.. pada masa tu saya bekerja di Hospitak Keningau. - Lagi satu, pernah menang tempat ke-3 pada tahun 2003 dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan di Keningau? = Ya. - Apa kaitan Henny dan S.Welly? = Henny : Saya ialah anak buat S.Welly :) ♥ Lagu Kelima : SIMPANG MANGAYAU - S.Welly : Apa pesanan kepada peminat & pendengar? = Sokong bahasa sendiri & beli VCD saya. Kepada kawan² yang tak henti² menyokong kerjaya saya, terimakasih dan saya perlukan sokongan yang berterusan daripada anda semua. Pounsikou. - Henny : Belilah VCD S.Welly sebab anda akan terhibur kerana lagu/lirik yang menarik. Jangan beli yang cetaj rompak. ♥ Lagu Keenam : KOIHADAN DO GINAWO
Sia Bilang : - Pounsikou untuk Bro MY sebab bagi sia numbul h/p c bro S.Welly. Artis nie memang peramah sesuai dengan lagu² nya. Walaupun sia inda berapa familiar dengan lagu rungusnya tu, lagu yang lain sia suka & terhibur sama. Good Luck & saya rekomen anda untuk membeli VCD ini. Memang ndak rugi punya :) .. FYI, lagi c S.Welly yang bertajuk : Sumandak Kudat memang siok hehehe.. very da funny nie lagu ada iras² maciam lagu c Piton Gunsaga yang "Langgar Pantat Karabau" miahahaha ♥ |
posted by F!oNa @ 2:46 PM |
|
|
|
|