Khurafat |
Wednesday, May 04, 2011 |
YaN Bilang : - Ada 3 kelemahan yang ada dalam wayang ini. Pertama, pencahayaan GAGAL TOTAL kerana 99.9% gelap. Filem yang boring sebab tak masuk akal langsung hospital pun boleh gelap. Kelemahan kedua yang saya perasan ialah, semasa Anna baru sahaja mengalami putus cinta, dia sentiasa ditemani 2 orang sahabatnya. Tetapi apabila Johan pergi melawat Anna, dia hanya sendirian di rumah. Kelemahan ketiga ialah sebaik sahaja bas jenazah yang membawa mayat Anna terbabas ke dalam gaung, Johan mengangkat mayat Anna sahaja. Sepatutnya Johan berlari mencari pertolongan di jalan besar dan sekiranya sendirian itu akan menjadi lebih cepat dan senang. Nampak sangat jalan cerita yang tidak bijak. Namun nilai² Penyesalan, ketakburan, nafsu, hipokrit, kasih sayang, kerinduan, kesetiaan, khurafat, keagamaan & Cinta digarap baik dalam KHURAFAT. Satu percubaan yang berani daripada Shamsul Yusuf. Kita nantikan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. YaN bagi 2/10 bintang untuk Filem ini.
|
posted by F!oNa @ 6:15 PM |
|
|