^Love^Peace^Joy^

" Love is a beautiful smile to which nothing compares A tanderlaugh,which opens your heart A single touch that melts away your fears A smell that reminds you of the tenderness of heaven A voice that reminds you of the innocence of youth "

 
:: Time Now ::
:: My BlogSite ::
.: ^Love^Peace^Joy^ :.

.: I Love Jesus :.

.: SMS Studio :.

.: TJC Talent Studio :.

.: Nazwa Naslie-Zone :.

.: SMS-Lyrics :.

.: TJC-Lyrics :.

.: Nazwa Naslie-Lyrics :.

:: My Calender ::

:: My Songs ::

:: My Foto Album ::
:: My Idol ::
My Idol

Linda AF2

Felix AF3
Lotter AF4
Hilary Duff
Jay Chou
Linda & Felix

:: YaN's Video ::
:: Who Online? ::
:: YaN's 2nd Counter ::
FELIX ubah perangai -MEDIA
Wednesday, January 04, 2006
Image hosted by Photobucket.com
-Cover : Mawi,Felix,Marsha dan Amylea dalam MEDIA edisi Tahun Baru 2006 (31 DIS 05-6 JAN 06)

Felix Perbaiki 'Skill' Komunikasi

"SUSAH-SUSAH AJA" itulah ungkapan popular anak kelahiran Sabah,Felix Agus.Naib juara program realiti TV AF3 itu kini semakin ligat dalam dunia nyanyian dan juga lakonan.Terbaru Felix baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pertamanya,'MISI 1511' .Filem sulung terbitan AV Vision Sdn Bhd itu menggandingkannya dengan pelakon popular Indonesia dan Thailand.Manakala antara pelakon Malaysia yang membintangi filem itu pula Eja,Zamshuri Ramli,Adlin Aman Ramli,M Rajoli dan Rashdan Baba,selain Felix dan Marsha.

Jika dilihat pula perkembangan keriernya dalam dunia nyanyian berbanding juara AF3 Mawi,Felix masih belum berpeluang menghasilkan album baru.Namun begitu Felix sangat bersyukur kerana album solo kompilasinya yang dipetik dari konsert mingguan AF3 'The Best Of Felix - Susah-Susah Aja' diterbitkan khas oleh Maestro Records untuk peminat-peminat setianya. Lagu 'Warkah Berlagu Pilu' dendangan Felix juga semakin popular dan sering menduduki carta-carta utama radio.

Semasa Felix bertandang ke Radio MH baru-baru ini,penulis sempat berbual-bual dengan jejaka berketurunan Dusun ini.Ketika bersembang Felix menyuarakan hasratnya untuk berubah menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

"kalau dulu saya ini jenis yang sosial sikit,sekarang nie lepas jadi artis dan juga ikon kpada masyarakat saya ingin membuat perubahan dalam diri.Saya ingin jadi seorang yang lebih baik,maksud saya di sini saya tak mahu habiskan masa tidak tentu fasal dan ingin berubah demi kebaikan diri saya sendiri.Lagipun sejak jadi artis ni,saya dah banyak berubah.Itulah azam saya tahun lalu,tapi azam tersebut sudah tercapai sedikit walaupun tidak sepenuhnya.Jadi untuk azam 2006 saya masih kekalkan azam yang sama.Saya berharap azam tersebut akan direalisasi sepenuhnya pada tahun hadapan.Selain itu saya juga berazam untuk tingkatkan kebolehan komunikasi.Lepas jadi artis ni,komunikasi adalah medium terpenting kerana seseorang artis itu perlu bijak berkomunikasi terutamanya dengan pihak media dan juga peminat.Kebijaksanaan dalam bercakap adalah lambang kebijaksanaan seseorang artis.Jadi saya ingin belajar lebih mendalam tentang cara-cara berkomunikasi yang baik.

"Cerita tentang azam tahun baru ini saya rasa sangat bersyukur kerana azam paling besar dalam hidup iaitu ingin menjadi seorang penyanyi telah terlaksana.Jika dulu saya rasa sangat payah untuk mencapai azam tersebut tetapi tidak selepas saya menyertai AF3." Luah Felix sambil tersenyum.

Terlalu Awal Untuk Bercinta

Felix yang sering digosip dengan bekas pelajar AF3,Akma akui kepada penulis masih belum bersedia untuk bercinta.Walaupun khabar angin tentang cintanya dengan Akma semakin meluas namun begitu Felix tetap menafikan tentang perkara tersebut.

"Sekarang ni kalau boleh saya tak nak bercinta.Sebabnya masih terlalu awal.Lagipun saya ingin tumpukan dulu perhatian pada kerier sebelum fikir soal cinta dan kahwin.Jika saya bercinta maknanya saya akan tambahkan lagi masalah dan beban yang ada.
Lagipun tujuan utama saya datang ke KL dan 'join' AF3 adalah untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi terkenal.Sekarang ni bila dah jadi penyanyi saya kenalah bersungguh-sungguh dalam kerier ini.

Hubungan saya dengan Akma biasalah.Saya dengan dia cuma kawan biasa.Dalam sebulan cuma sekali dua saja saya jumpa dia.Kalau kami bercinta sedah tentulah kami sering berjumpa.Ternyata gosip yang ada tu tak betul."Ujar Felix sambung perbualan.

Tak Kesal Album Keluar Lambat.

Berbanding juara AF3 Mawi yang sudah pun keluar dengan album sulungnya,Felix masih tertunggu-tunggu lagi gilirannya untuk merakamkan album sulung pertama.Ketika penulis menulis tentang isu albumnya itu Felix dengan tenang menjawab persoalan.

"Pada saya isu album keluar lambat tak wujud sebabnya berbanding AF3 album untuk juara AF3 keluar lebih awal.Manakala tentang album saya masih dalam perancangan.Mungkin awal tahun depan barulah saya akan mula rakam album.Mungkin peminat rasa macam lambat album saya keluar tapi apabila difikirkan semula jika album saya keluar awal tahun akan lebih senang buat promosi sebabnya kami artis AF akan dapat jadual baru ketika itu."

*Tak cemburu ke dengan kejayaan Mawi?
-"Bagi saya tak ada yang nak dicemburukan.Kejayaan Mawi ketika ini adalah rezekinya yang telah ditentukan oleh Tuhan.Sebagai rakan baik Mawi kami semua tumpang gembira dengan kejayaannya.Tentang album saya pula jika berpeluang saya akan pilih konsep rock balada dan raggae dalam album pertama saya."akhiri Felix.

**EMM ..TAHNIAH BUAT FELIX,SELAMAT MAJU JAYA DAN GOD BLESS U ;) BUAT YANG TERBAIK !!! WE ALWAYS SUPPORT YOU BABE =))

posted by F!oNa @ 9:39 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 



:: About Me ::

Name: F!oNa
Home: RaNaU, SaBaH, Malaysia
About Me: Funny,sporting,understanding
See my complete profile
:: Let's Chat Here ::

:: YaN's Promo ::

Dapatkan di pasaran sekarang Juga.Cepat!! Sementara stok masih ada.. Beli yang Original :)

:: INFINATEZ 4EVA ::

:: Cutie Logo ::

:: My Friends ::
:: My Fav. Web/Blogsite ::




About Kaamatan








Noni AF5 Blog

Secret Loves




:: Sabahan Artis ZonE ::
:: Studio Rakaman ::
:: Ch@Radio/TV ::
:: Songs,Mp3&Lyrics ::


:: Kredit & Fav.Grup ::
:: Previous Post ::
:: Archives ::
:: Powered by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ^Love^Peace^Joy^ Template by Isnaini Dot Com