|
Osrin Gumpasou @Miampai Artis - RTM Sabah. |
Saturday, January 27, 2007 |
Shallom.. Selamat pagi dunia.. moga ceria di pagi sabtu nie.. Okee dibawah ialah sedikit catatan sia tentang Rancangan Bersama Artis d Radio dusun Sabah VFM semalam. FYI, sia sudah edit perbualan semalam sepaya lebih ringkas dan mudah difahami.
DJ : DJ Floris Phillip. (maybe la if sia nda silap) Artis : osrin gumpasou. Tempat asal Artis : Kg Kibunut, Penampang. Tarikh Interview : 26 Januari 2007 (Jumaat)
- Apa khabar? = Baik. - Untuk pengetahuan, artis yang dijemput kali ini ialah En.Osrin Gumpasou.. = Iya.. terimakasih. - Okee, kita dengarkan lagu pertama dari beliau. ♥ Lagu Pertama : TUPUS MOLOHING - Asal mana? = Kampung Kibunut, Penampang. - Bila anda mula giat menyanyi? = Sejak tahun 2004. - Apa tajuk lagu pertama dalam album anda? = Tulun mororobuat. - Siapa yang menggalakkan anda menyanyi? = Kawan² saya sebab bila saya nyanyi, dorang cakap siok & suruh saya buat album :) - Selalu menyanyi di mana? = Ketika ada keramaian di kampung. - Tidak pernah ikut pertndingan menyanyi? = Pernah time sia masi bersekolah dulu. Masa tu maybe sia berumur 10/11 tahun :) - Wah masih muda tu :) = iya (ketawa) ♥ Lagu Kedua : NOSINDUALAN - Adakah lagu tadi memberi makna dalam diri anda? = Tiada.. saja ja nyanyi² :) - Mula² dulu, anda suka nyanyi di mana? = Di kampung bersama kawan². - Lagu siapa yang selalu anda nyanyi? = Lagu dari Francis Landong. - Siapa penyanyi keminatan anda? = Francis Landong, Hain Jasli dan Fhilix Don. - Ada album sudah? = Belum ada.. sedang dalam pembikinan sekarang nie. - Kira² bila album anda keluar? = Tahun ini juga lah cuma sekarang nie mo kc cukup 10 lagu dulu lah. - Rakam album di mana? = Di Cekera Sound Studio Kobusak, Penampang. - Barapa modal yang diperlukan untuk buat album nie? = Belum pasti sebab album sia masih dalam pembikinan sekarang nie. - Berapa umur anda? = Dalam 30-an. - Sudah berumahtangga? = Belum lagi.. masih bujang. - Bila mo khawin? = Tengok jodoh la.. kalau ada, barulah kahwin :) - Kerja di mana? = Di Luyang. Sebagai ....(ndak jelas dia sebut) - Album anda akan keluar dalam bentuk CD atau keset? = Maybe CD. - Kamu yang sebenarnya berasal daripada mana? = Inanam. (ada dia sebut nama kampung tapi nda jelas) - Apa hobi anda di masa lapang? = Banyak juga lah.. diantaranya menyanyi dan menonton Bola sepak. ♥ Lagu Ketiga : TULUN MOROROBUAT - Siapa buat semua lagu dalam album anda? = Lagu dan lirik saya sendiri buat. - Apa alat muzik yang anda pandai main? = Gitar. - Pernah pergi kursus main gitar? = Tak pernah. selalu minta ajar kawan sambil tingu buku ja. - Apa no h/p ? = XOXOXOXOX - Tiada keinginan mo belajar muzik lain? = Mo juga tapi belum ada kesempatan. ♥ Lagu Keempat : IKAA (pernah rakam di RTM) - Ada berapa lagu dalam album ? = 10 lagu. - Apa pandangan anda dengan artis tempatan sekarang yang semakin ramai? = Sia suka ramai artis sebab ia lebih menggembirakan. - Apa plan/perancangan sendiri untuk album anda? = Nyanyi setakat yang mampu. - Apa cita² anda sebagai penyanyi? = Berharap agar album ini berjaya. ♥ Lagu Kelima : AU NOPO TUMONGKIAD DIKA - Apa pesanan anda kepada pendengar? = Teruskan muzik tempatan supaya kekal dan tak luput ditelan zaman. Terimakasih DJ kerana menjemput saya ko konti RTM pada malam ini. Terimakasih juga kepada Francis dan Suagil iaitu kawan saya kerana sudi temankan saya ke sini♥
Sia Bilang : - Lagu IKAA dari dia memang siok. Kalau inda piscaya, nantikan album c bro Osrin dipasaran dan beli yang ORI. Suatu semangat yang terus menerus dari bakat² tempatan memang diperlukan untuk memajukan & memperkembangkan Industri muzik KaDus kita. Good Luck bro ♥ |
posted by F!oNa @ 9:30 AM |
|
|
|
|