^Love^Peace^Joy^

" Love is a beautiful smile to which nothing compares A tanderlaugh,which opens your heart A single touch that melts away your fears A smell that reminds you of the tenderness of heaven A voice that reminds you of the innocence of youth "

 
:: Time Now ::
:: My BlogSite ::
.: ^Love^Peace^Joy^ :.

.: I Love Jesus :.

.: SMS Studio :.

.: TJC Talent Studio :.

.: Nazwa Naslie-Zone :.

.: SMS-Lyrics :.

.: TJC-Lyrics :.

.: Nazwa Naslie-Lyrics :.

:: My Calender ::

:: My Songs ::

:: My Foto Album ::
:: My Idol ::
My Idol

Linda AF2

Felix AF3
Lotter AF4
Hilary Duff
Jay Chou
Linda & Felix

:: YaN's Video ::
:: Who Online? ::
:: YaN's 2nd Counter ::
Apa Komen Finalis ABPBH 2005
Thursday, February 23, 2006
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2005

Image hosting by Photobucket
Majlis penganugerahan bagi edisi ke-19 anugerah itu, akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 26 Februari ini.

Hadiah menarik lain ialah set barang kemas bernilai lebih RM250,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre; barangan elektrik JVC sumbangan JVC Sales & Service; pakej percutian mewah Hotel Palace of the Golden Horses dan pakej percutian bersama artis popular tajaan Royal Brunei Airlines dan The Empire Hotel & Country Club.

Keseluruhannya, hadiah sumbangan penaja untuk ABP2005 kali ini dianggar bernilai lebih RM500,000, sekali gus mengekalkan anugerah ini sebagai acara paling gemilang dan berprestij di negara ini.

Image hosting by Photobucket

SHAZZY
“TERKEJUT juga apabila saya disenaraikan sama dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular. Saya berasakan, pencalonan ini menjadi perkembangan yang cukup sihat kerana saya kini sedar, kehadiran saya dalam industri turut mendapat perhatian peminat. Saya tahu, kebanyakan finalis lain ialah artis daripada program realiti (Mawi, Zahid, Bob), manakala saya pula artis yang lahir daripada bakat yang dicungkil komposer Ajai. Cabarannya ada, tetapi saya tidak mahu memikirkan soal kalah menang. Dicalonkan ke Top 5 sudah memuaskan hati saya.”

Image hosting by Photobucket

KUMPULAN VE
“KAMI bersyukur kerana ada peminat yang sudi mengundi kami. Kami juga sedar, calon lain semuanya kuat. Kami tidak menyangka turut layak ke Top 5. Begitupun, kami berterima kasih kepada pembaca Berita Harian yang memilih VE ke ABPBH 2005. Insya-Allah, jika diizinkan, kami akan turut serta dalam road tour ABPBH kali ini. Jadual kami ketika ini agak ketat juga, dengan projek album bungkusan semula serta persiapan menghadapi Juara Lagu.”

Image hosting by Photobucket

JINBARA
“SESUATU yang sememangnya tidak dijangka, umpama memberi hikmah kepada apa yang berlaku kepada Jinbara kebelakangan ini. Dalam keadaan Jinbara yang terumbang-ambing selepas pengunduran vokalis dan dua anggota lain, Tuhan memberikan kami sesuatu yang cukup indah. “Pencalonan ini memberi semangat untuk kami terus berjuang dan sebagai bukti akan tetap membajai benih seni yang disemai supaya terus bercambah dan mekar.”

MIRWANA
“TERIMA kasih kepada peminat yang terus melihat dan memberi kepercayaan kepada Mirwana. Selepas 13 tahun bermula dengan nasyid di sekolah, Mirwana terus berkembang dan alhamdulillah, 2005 menyaksikan pencapaian yang cukup gemilang kepada kami. “Pencalonan dalam acara anugerah anjuran Berita Harian ini memberi ruang kepada kami untuk terus memperkenalkan karya dan nama menerusi hiburan alternatif berteraskan Islam untuk semua kelompok masyarakat.”

Image hosting by Photobucket

SHARIFAH ZARINA
“KETIKA bermula saya sendiri goyah memikirkan penerimaan peminat. Apatah lagi dengan segala macam kontroversi, saya sendiri runsing memikirkan reaksi peminat. Namun, semua itu sudah berlalu. “Pencalonan dalam ABPBH 2005 melenyapkan keraguan itu. Ternyata status bukan lagi halangan kerana peminat sentiasa memberi sokongan untuk melihat bakat saya terus maju dan karier berjalan cemerlang. “Insya-Allah, ia juga memberi saya kekuatan untuk meneruskan lagi promosi album dengan single kedua, juga lagu ciptaan Azmeer, Bukan Dipaksa.”

Image hosting by Photobucket

BOB
“SUNGGUH bermakna, pencapaian yang membanggakan dan saya melihat kepercayaan ini sebagai amanah besar peminat. Dari pencalonan ini, saya yakin matlamat dalam bidang seni tercapai apabila percubaan untuk menyatakan perjuangan kepada peminat semakin menampakkan hasil. “ABPBH 2005 bukan sebarangan, sebaliknya ia sebagai platform yang berkesan untuk meneruskan kerjaya seni. Pernah dulu, saya tertanya mampukah bertahan dengan kemunculan bintang AF3 tetapi pencalonan ini membuka mata saya. “Saya percaya perjalanan yang dilalui dengan ikhlas akan membuahkan hasil walaupun di hadapan pelbagai cabaran yang menanti. Saya sentiasa kuatkan semangat untuk terus mencuba dan terima kasih kerana sokongan semua, saya masih lagi diterima.”

*****

Imuda abadi wajah bintang popular


Image hosting by Photobucket
CANTIK: Imuda mempamerkan kira-kira 50 lukisan artis terkenal di ruang legar Balai Berita.

Antara artis yang diabadikan wajah mereka oleh pelakon yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia lukisan ini ialah Anita Sarawak, Siti Nurhaliza, Maya Karin, Dian Sastrowardoyo, Datin Seri Tiara Jacquelina, Deanna Yussof, Sheila Majid, Datin Seri Normala Samsudin, Britney Spears, Joss Stone, Rekha, Rosyam Nor, M Nasir dan Amy Search.

Pelakon yang terkenal dengan watak komedi itu memang berjaya menghasilkan lukisan berbentuk potret artis yang sebelum ini pernah memenangi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dalam tempoh 10 hari.Lukisan berkenaan, bersama kira-kira 40 potret artis terkenal tempatan dan antarabangsa lain kini dipamerkan di ruang legar Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, sehingga hujung Februari ini.

Selepas ini, Imuda ingin menghasilkan lukisan 20 wanita tercantik di Malaysia pula.

*****

Calvin taja empat artis ABPBH 2005


Image hosting by Photobucket
SENTUHAN SENI: Calvin dengan lakaran gaunAnita dan Marsha

PELUANG menaja pakaian empat artis popular untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPHB) 2005 amat berharga bagi pereka fesyen muda, Calvin Thoo, 35.

Katanya, peluang ini adalah satu penghargaan baginya apatah lagi beliau mereka fesyen pakaian diva pujaan ramai, Anita Sarawak yang sememangnya hebat bergaya setiap kali muncul di khalayak.

Calvin juga menyediakan pakaian Adibah Noor, peserta akhir Akademi Fantasia, Marsha dan pemenang Mentor TV3, Pija.


Image hosting by Photobucket

-Marsha akan bergaun labuh keemasan bermanik yang menampilkan gaya bergemerlapan sesuai dengan tema anugerah itu dan kemunculannya sebagai penyampai anugerah.
**sama2 kita nantikan kemunculan Marsha kebanggan kita yaa....






posted by F!oNa @ 10:13 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 



:: About Me ::

Name: F!oNa
Home: RaNaU, SaBaH, Malaysia
About Me: Funny,sporting,understanding
See my complete profile
:: Let's Chat Here ::

:: YaN's Promo ::

Dapatkan di pasaran sekarang Juga.Cepat!! Sementara stok masih ada.. Beli yang Original :)

:: INFINATEZ 4EVA ::

:: Cutie Logo ::

:: My Friends ::
:: My Fav. Web/Blogsite ::




About Kaamatan








Noni AF5 Blog

Secret Loves




:: Sabahan Artis ZonE ::
:: Studio Rakaman ::
:: Ch@Radio/TV ::
:: Songs,Mp3&Lyrics ::


:: Kredit & Fav.Grup ::
:: Previous Post ::
:: Archives ::
:: Powered by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ^Love^Peace^Joy^ Template by Isnaini Dot Com