BERITA UTAMA (berita harian) -Oleh Amirullah Andi Nur, Suzianah Jiffar
RANAP SAMA SEKALI: keadaan rumah Saingkin yang musnahakibat letupan di Kampung Bangkahak Baru, Kota Belud. KOTA BELUD: Seorang lelaki dan anak kecilnya terbunuh, manakala dua lagi anaknya cedera apabila sebutir bom mortar lama, dipercayai dikutip dari lapang sasar sebuah kem tentera berhampiran, meletup di rumah mereka, dekat sini pagi semalam.Saingkin Basil (gambar kiri), 40, dan anaknya Ferinado Oliver (gambar kanan), 2, meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat Saingkin ditemui di tapak rumahnya dalam keadaan berkecai dengan kepala terpisah daripada badan. Letupan juga memusnahkan rumah mereka di Kampung Bangkahak Baru itu. Yang tinggal hanyalah tiang, manakala dinding, cermin tingkap dan lantai empat rumah berhampiran turut terkopak dan pecah. Seorang lagi anak Saingkin, Selvia Liana, 7, cedera parah, manakala Firdaus, 19, mendapat luka ringan. Kejadian kira-kira jam 7.40 pagi berlaku ketika bapa kepada tujuh anak itu memeriksa mortar yang dipercayai ditemuinya di tapak latihan tentera tidak jauh dari situ. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Mortadza Nazarene, berkata Saingkin mati akibat letupan bom, manakala Ferinado dihempap tiang serta dinding rumah yang musnah itu. Ketika kejadian, Firdaus, Selvia dan Ferinado berada di tingkat atas rumah dan dipercayai masih tidur manakala ahli keluarga lain termasuk isterinya, Latifah bekerja di sawah. "Berdasarkan maklumat saksi, mereka terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mangsa sebelum melihat ia ranap sama sekali," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Sepasukan polis berkejar ke tempat kejadian sejurus selepas menerima maklumat orang ramai dan menjalankan operasi mencari mangsa. Mayat Ferinado hanya ditemui kira-kira sejam selepas kejadian manakala mayat bapanya, Saingkin kira-kira jam 4 petang semalam. Beberapa serpihan mortar berukuran 81mm serta carl-gustav berukuran 84mm turut ditemui. ** Yang sia baca tadi pagi di news sabah times,bukan mayat yang dijumpai.. ketulan daging laa.. itu pun hancur..kepala c bapa ditemui jau dari ruma.Tepelanting ba.. dei !! c papa kunu mo jual besi buruk.. itu besi bom berat kan,so da kir2 mo buka sisa2 dalam bom tu pas tu jual kunu,tau2 tukul punya tukul,malatup! (sekarang dalam siasatan sebab kawasan lapang sasar tentera nie adalah kawasan larangan dan persoalan disini,maciam mana diurang boleh dapat bom tu?.. dei tula gia .. sesiapa yang masih simpan tu bom d ruma, bagus kc serah di balai ) Adeh,memang nasip la.. anak dia saturang mati(dalam pic).. s aturang anak perempuan da di HQE, saturang lai anak sulung da di HKB.. terlantar juga .. (dalam newspaper cina ada tu pic 2 urang anak da yg cedera) isteri da maciam bingung nie.. ba,tiba2 ja laki ma anak mati.. 2 lai kritikal. Adeh,ruma tiada,pakaian & sumua harta abis musnah.Nasip baik ada saudara mara & urang kampung bantu.. -Semoga Tuhan memberkati mereka,Amen. |