^Love^Peace^Joy^

" Love is a beautiful smile to which nothing compares A tanderlaugh,which opens your heart A single touch that melts away your fears A smell that reminds you of the tenderness of heaven A voice that reminds you of the innocence of youth "

 
:: Time Now ::
:: My BlogSite ::
.: ^Love^Peace^Joy^ :.

.: I Love Jesus :.

.: SMS Studio :.

.: TJC Talent Studio :.

.: Nazwa Naslie-Zone :.

.: SMS-Lyrics :.

.: TJC-Lyrics :.

.: Nazwa Naslie-Lyrics :.

:: My Calender ::

:: My Songs ::

:: My Foto Album ::
:: My Idol ::
My Idol

Linda AF2

Felix AF3
Lotter AF4
Hilary Duff
Jay Chou
Linda & Felix

:: YaN's Video ::
:: Who Online? ::
:: YaN's 2nd Counter ::
Konsert Amal KDCA/MAESTRO
Sunday, January 15, 2006
Image hosted by Photobucket.com
Linda dan Atama
Image hosted by Photobucket.com
AmberRose,Linda dan Atama sewaktu temubual pada 27 Nov'05.

TARIKH: 27 Januari 2006
TEMPAT: Hongkod Koisaan [KDCA], Penampang
JAM: 7.30pm
ARTIS: Linda & ATAMA
HARGA TIKET: RM150, RM100, RM50, RM20
PENGANJUR: KDCA

Tiket-tiket akan dijual tidak lama lagi.

Hasil kutipan adalah untuk mengisi Tabung Pendidikan Koisaan [KETF]

Volunteers dari LUV dan peminat-peminat Linda diperlukan. Jangan lepaskan peluang ini!
-Volunteers untuk jadi crew/staff for the concert. Interested? Peluang untuk bersemuka dgn Linda lebih 'cerah'

*pelancaran album waktu petang dan konsert sebelah malam pada hari yang sama, 27 Jan 2006.

**Jangan lepaskan peluang yang ada.Sesiapa yang dapat pergi,jangan lupa ambil v/cam.Sedih sangatlah sebab 27 hb ngam2 sia balik Ranau .. dei spoil tul.Nda la sia dapat p tu pelancaran n konsert.Adei kawan2 LUV ajak datang tapi tak dapat.. sian diurang :( ..apa2 pun, Good luck Linda n Atama. LUV u ..

P E A C E !!!
posted by F!oNa @ 8:39 AM   1 comments
HAPPY CHINESE NEW YEAR 2006
Thursday, January 12, 2006
Shallom...


Image hosted by Photobucket.com

Pertama2 mo ambil kesempatan dalam kesempitan nie mo ucap selamat menyambut tahun baru cina 2006 pada kawan2 yang menyambutnya.Moga bergembira bersama keluarga dan sahabat.Emmm ...masa nie la semua keluarga berkumpul dan makan bersama bagi merayakan tahun baru kebesaran ini..


Image hosted by Photobucket.com
Setiap kali taun baru cina menjelang,ia diikuti dengan zodiak dalam kalender cina.Ia terdiri daripada 12 binatang iaitu lembu,harimau, arnab,naga,ular,kuda,kambing,monyet,ayam,anjing,babi dan tikus.Dan pada tahun ini,zodiak cina mewakili tahun anjing.C tahun anjing ialah mereka yang lahir pada tahun 1946,1958,1972,1982,1994,2006,2018 dan seterusnya.Mereka yang lahir pada tahun anjing selalunya bersifat pelindung dan menjaga kebajikan orang sekitar.Bersifat buruk seperti pendendam dan terlalu sensetif.C tahun anjing juga ada kalanya sukar difahami.Namun c tahun anjing nie sangat teguh mempertahankan hak.Dalam percintaan,ia seorang pendebat yang hebat namun tidak perlu menunjjukkan jaguh pada orang yang dikasihi sebab hanya akan melukakan si dia.Paling baik jika kurangkan pertelagahan.C tahun anjing sangat serasi dengan c tahun arnab dan kambing.


Image hosted by Photobucket.com
Ini ialah pokok limau yang dihiasi dengan kertas ang pau.Buah limau membawa berkat dan kebiasaannya jadi hidangan pada para tetamu yang berkunjung di rumah.


Image hosted by Photobucket.com
Roti ini selalunya dihidangkan pada tahun baru.Sia netau apa nama roti nie.Yang sia tau makan ja hehe...tapi,nda sadap =))


Image hosted by Photobucket.com
Na na.. selalunya ang pau yang kita tungu2 dari keluarga dan saudara2 yang lain kan?.. hehe .. biasa la tu. Terutamanya time kita kecik2 dulu .. gembira sangat bila dapat ang pau nie.Sempat lai kc banding sepa yang banyak dapat miahaha =))


Image hosted by Photobucket.com
Mereka yang beragama buddha mempercayai dewa kekayaan boleh membawa tuah dalam sesebuah keluarga mahupun perniagaan.Jadi kita biasanya boleh nampak ini dalam tokong,rumah atau kedai.


Image hosted by Photobucket.com

CERITA LUCU CNY WAKTU MASI KECIL2 DULU !!!

Sia ada cerita yang nda dapat dilupakan.Hehehe.. biasalah masa budak2 dulu kan ogulet bah.Jajal !! suka tul pi bubut singa nie.
Waktu pi bubut singa,selipar pun tesala pakai bah.Adaka solipar c papa sebala dan sabala lai selipar adi sia..dei spoil tul!!.Pas tu belari pulang rumah pi tukar balik.Na sia ketinggalan da.. Singa punya pasal,jalan kaki sija la.Na ada lai setiap rumah misti ada pasang bedilan bah.So lepas ja siap satu rumah tu,p la belari pungut tu bedilan yang tia temalatup tadi.Hahaha.. ilang bah tu perasaan malu.Bah,budak2 kan.. Banyak la ging2 gulangau yang sia dapat masa tu.Siap kambai2 lai..haha.. malu sa ingat bila nampak durang sikarang.Siap imbas kembali la sorita jaman dulu.dei,onsod bah badan sa masa tu talampau osilangan tadau keke.. panat o tapi nda peduli.Sampai la patang baru balik ruma.. na sedia suda c mama dengan "gula-gula" panjang di tangan dia tunggu di dapan pagar rumah..miahaha apa lai?.. kana pasut bah.Kira nemau masuk ruma tapi bah..suda abis singa baru la terasa tu laparan.Dei,mau tia mau, minta pasut sija la sebab satu kali sija ba tu rasa sakit.Pas nie buli buat lai sa bilang.kekeke .. N yang siuk kan,malam2 da p men la bedilan ma bunga api di dapan ruma.. pusing keliling ruma men bubut2 mo kc kana bedilan sama causin2 sia.. hehe paling siuk men tu meriam katak !! pandai lumpat2 mo p bubut ko.. dei sana la berabis lari sambil katawa.. ada kawan sa sampai tesusuk paku batagar dikaki dia.. sian dia.Tapi, bisuk sambung men ma kami juga..keke.P la kunu be taun baru di ruma kawan.Budu tul o lau sa ingat sikarang.Siap p tapau lai tu kuaci n gula2 di dalam pukit saluar sampai kambung bah!! Mana ada pukit,sana la panu.hehe sampai siap bawa bakul lai.Punya men tamaha!! Hahahahaa kin malu.Dei semua suda sumandak n tanak wagu suda dii sikarang. Ada suda buyapren.. gulpren di ..haha .. siuk ba lau mo imbas balik nie sorita.Sia rindu zaman budak2 sia owh !!! ..

** Yeahh !! 27 Januari 2006 nie sia balik Ranau lagi.. sia nda sabar o.. Talampau-lampau suda dii sia rindu durang c mama, adi2 sia, kakak sia, nenek sia,aunty sia,kawan2 sia n specially kota kecil sia Ranau !!!! Banyak memory yang sukar dilupakan.Sudah 3 tahun sia di perantauan.Sudah 3 tahun juga sia nda sambut 31 December di Ranau .. Betapa aku rindukan saat-saat seperti dulu .. Yang sdihnya,anjing sia c "bobo" ma kucing oren adi sia c "ngangau" suda mati deblang c mama sia.. adeh,punya men sedih sa owh!! tiak nampak dukur (bukan durang ahh) untuk keterakhir kali.. padahal manja tu sama sa.. dei !!!

Dan satu lagi,cc tempat sia keja nie esok akan dibuat pengubahsuaian.Mungkin akan dipindahkan ke belakang.So,lama lagi la kali sia teronline nie.Bila sudah siap buat pengubahsuaian baru sia dapat online balik la kunu tu.. So,kepada pengunjung blog sia specialy for TS,KaDuS & Pangazou , jan lupa juga p gansau2 sini blog sia walaupun sia teda nanti kio...LOVE u'll ..

Okee la... PEACE !!!!

posted by F!oNa @ 9:39 AM   1 comments
Lelaki Melalui Pergerakkannya, tang lelaki..hehe
Monday, January 09, 2006
TOPIK HARI INI ;

Image hosted by Photobucket.com
Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakkannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita..

Mengangguk Kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingin mengenal diri anda. Dia juaga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan Badan
Apabila seorang lelak mendekatkan badanya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang ada anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Mengerakkan Tangan dan Badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka Berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang Mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus-terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungan dengan orang tersebut.

Sensitif Pada Jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang lain. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru Gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempegaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

* Nah nah nah ..hehe sekadar hiburan sija bah.Betul atau tidak terpulang kepada individu masing2..makasih [boom]
untuk topik ini ;) ..
posted by F!oNa @ 10:52 AM   0 comments
Semalam Di Fun Fair
Sunday, January 08, 2006
Fuyoo !!!!!
Image hosted by Photobucket.com
Lebih kurang nie la nie semalam =))

Memang seronok dan puas hati la semalam ,09 Jan'06.Saya dan 9 orang cousin lagi buat rombongan beramai2 datang ke kk mo pegi men sana Fun Fair kunu nie.. Kami guna 2 buah kereta.Sampai di kk ja,terus pegi la kunu sana wisma merdeka...hehe biasa la ba tu kan,mo p singgah sana "rumah selesa" :rotl: ...

Nah nah..sampai ja di kawasan fun fair tu,dengar la jeritan orang2 yang main tu..hehe seronok nampak..macam tak sabar pula geliran saya..wow!! ramai urang la..kebanyakannya chinese la....huh !!

Dei !! bila nampak ja semua permainan yang ada,paling mencabar itu "air force 1" ..na na. boleh pusing 90 darjah tabalik kapala wa cakap sama lu.. dei!! dalam hati sia.., "ampun pak.. nemau sia men nie barang !!" Kekeke ..yang lucunya ,itulah satu-satunya permainan yang sia men di fun fair..wow!! mencabar kama..men sekali rm10. Paling spoil kan,sa nda dapat duduk di kerusi tu!! tinggi ba.Terpaksa itu tanak wagu pekerja kc tulung topang sia dengan tangan dia..keke siou kio,sia nda singaja..sia rasa la kan,misti dia rasa sa berat.Mo tau juga sia nie size giant!! kekekeke miahahaha ... dei,habis sia dijadikan bahan ketawa causin2 sia.. sepa juga suru sia nie talampau rendah :doi: ... Keke tapi kan,yang lucunya, uncle yang di sebelah sia nie dari mula n habis tia baranti da teriak bah!! haha ..sia?..nda la sampai teriak.Berabis sia tutup mulut sa nie..yaiiiiii !!!

Lepas ja men tu kan,dalam ati sia berkata," Nie la last sia men nie barang..!! " .Dei gima... time men kan,tiak abis2 dalam ati sa sakap," cepat la ko habis!! cepat la !! akun lai sa tidur di tanah daripada men nie barang lai" time kepala sia pi bawah tu, rasa macam mo jatuh ja owh!! dei.. nasip nda sia pening la.. steady sija sia.. sian juga sist sia n causin sia.Diurang muntah!! Oh my god!! tepaksa singgah di stesen petronas,da pi toilet sambung muntah.. hehe.

Pas men tu,kami round2 la..teda yang menarik hati.. kebanyakan permainan budak2 ..lepas tu pi la kunu di grai buah2an .. lepas beli jambu,siap begambar lagi.. n pi tingu urang men,hehe jumpa juga la kawan2 di sana.Tiak sangka pula..hehe.Tapi kan, cute o tu patung anjing warna putih yang 1st prize..dei, kalau la sia dapat tu kan bagus.. dei.. jeling sija tu patung la :doi: :(

Disebabkan causin sia pening n dia yang memandu,kami direk la pulang rumah.. sampai rumah jam 11.33mlm gitu .. Wah !!
satu pengalaman yang sukar dilupakan dan akan sia kenang selamanya..hehe..

****************************

KONSERT DENDAM AMUK

TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT TUN SAID KOTA BELUD
JAM : 2.30 PETANG
TIKET : RM3 , RM5
TARIKH : 29 JANUARI 2006

-Sesiapa yang berminat or peminat setia AMUK datanglah serbu dewan kota belud masa tahun baru cina kedua nie.wow!!
Yang pastinya masa tu saya di Ranau !!! yahooooooooooooooooooooooooooo !!!
posted by F!oNa @ 10:54 AM   0 comments
FELIX ubah perangai -MEDIA
Wednesday, January 04, 2006
Image hosted by Photobucket.com
-Cover : Mawi,Felix,Marsha dan Amylea dalam MEDIA edisi Tahun Baru 2006 (31 DIS 05-6 JAN 06)

Felix Perbaiki 'Skill' Komunikasi

"SUSAH-SUSAH AJA" itulah ungkapan popular anak kelahiran Sabah,Felix Agus.Naib juara program realiti TV AF3 itu kini semakin ligat dalam dunia nyanyian dan juga lakonan.Terbaru Felix baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem pertamanya,'MISI 1511' .Filem sulung terbitan AV Vision Sdn Bhd itu menggandingkannya dengan pelakon popular Indonesia dan Thailand.Manakala antara pelakon Malaysia yang membintangi filem itu pula Eja,Zamshuri Ramli,Adlin Aman Ramli,M Rajoli dan Rashdan Baba,selain Felix dan Marsha.

Jika dilihat pula perkembangan keriernya dalam dunia nyanyian berbanding juara AF3 Mawi,Felix masih belum berpeluang menghasilkan album baru.Namun begitu Felix sangat bersyukur kerana album solo kompilasinya yang dipetik dari konsert mingguan AF3 'The Best Of Felix - Susah-Susah Aja' diterbitkan khas oleh Maestro Records untuk peminat-peminat setianya. Lagu 'Warkah Berlagu Pilu' dendangan Felix juga semakin popular dan sering menduduki carta-carta utama radio.

Semasa Felix bertandang ke Radio MH baru-baru ini,penulis sempat berbual-bual dengan jejaka berketurunan Dusun ini.Ketika bersembang Felix menyuarakan hasratnya untuk berubah menjadi lebih baik pada tahun hadapan.

"kalau dulu saya ini jenis yang sosial sikit,sekarang nie lepas jadi artis dan juga ikon kpada masyarakat saya ingin membuat perubahan dalam diri.Saya ingin jadi seorang yang lebih baik,maksud saya di sini saya tak mahu habiskan masa tidak tentu fasal dan ingin berubah demi kebaikan diri saya sendiri.Lagipun sejak jadi artis ni,saya dah banyak berubah.Itulah azam saya tahun lalu,tapi azam tersebut sudah tercapai sedikit walaupun tidak sepenuhnya.Jadi untuk azam 2006 saya masih kekalkan azam yang sama.Saya berharap azam tersebut akan direalisasi sepenuhnya pada tahun hadapan.Selain itu saya juga berazam untuk tingkatkan kebolehan komunikasi.Lepas jadi artis ni,komunikasi adalah medium terpenting kerana seseorang artis itu perlu bijak berkomunikasi terutamanya dengan pihak media dan juga peminat.Kebijaksanaan dalam bercakap adalah lambang kebijaksanaan seseorang artis.Jadi saya ingin belajar lebih mendalam tentang cara-cara berkomunikasi yang baik.

"Cerita tentang azam tahun baru ini saya rasa sangat bersyukur kerana azam paling besar dalam hidup iaitu ingin menjadi seorang penyanyi telah terlaksana.Jika dulu saya rasa sangat payah untuk mencapai azam tersebut tetapi tidak selepas saya menyertai AF3." Luah Felix sambil tersenyum.

Terlalu Awal Untuk Bercinta

Felix yang sering digosip dengan bekas pelajar AF3,Akma akui kepada penulis masih belum bersedia untuk bercinta.Walaupun khabar angin tentang cintanya dengan Akma semakin meluas namun begitu Felix tetap menafikan tentang perkara tersebut.

"Sekarang ni kalau boleh saya tak nak bercinta.Sebabnya masih terlalu awal.Lagipun saya ingin tumpukan dulu perhatian pada kerier sebelum fikir soal cinta dan kahwin.Jika saya bercinta maknanya saya akan tambahkan lagi masalah dan beban yang ada.
Lagipun tujuan utama saya datang ke KL dan 'join' AF3 adalah untuk mengejar cita-cita menjadi penyanyi terkenal.Sekarang ni bila dah jadi penyanyi saya kenalah bersungguh-sungguh dalam kerier ini.

Hubungan saya dengan Akma biasalah.Saya dengan dia cuma kawan biasa.Dalam sebulan cuma sekali dua saja saya jumpa dia.Kalau kami bercinta sedah tentulah kami sering berjumpa.Ternyata gosip yang ada tu tak betul."Ujar Felix sambung perbualan.

Tak Kesal Album Keluar Lambat.

Berbanding juara AF3 Mawi yang sudah pun keluar dengan album sulungnya,Felix masih tertunggu-tunggu lagi gilirannya untuk merakamkan album sulung pertama.Ketika penulis menulis tentang isu albumnya itu Felix dengan tenang menjawab persoalan.

"Pada saya isu album keluar lambat tak wujud sebabnya berbanding AF3 album untuk juara AF3 keluar lebih awal.Manakala tentang album saya masih dalam perancangan.Mungkin awal tahun depan barulah saya akan mula rakam album.Mungkin peminat rasa macam lambat album saya keluar tapi apabila difikirkan semula jika album saya keluar awal tahun akan lebih senang buat promosi sebabnya kami artis AF akan dapat jadual baru ketika itu."

*Tak cemburu ke dengan kejayaan Mawi?
-"Bagi saya tak ada yang nak dicemburukan.Kejayaan Mawi ketika ini adalah rezekinya yang telah ditentukan oleh Tuhan.Sebagai rakan baik Mawi kami semua tumpang gembira dengan kejayaannya.Tentang album saya pula jika berpeluang saya akan pilih konsep rock balada dan raggae dalam album pertama saya."akhiri Felix.

**EMM ..TAHNIAH BUAT FELIX,SELAMAT MAJU JAYA DAN GOD BLESS U ;) BUAT YANG TERBAIK !!! WE ALWAYS SUPPORT YOU BABE =))

posted by F!oNa @ 9:39 AM   0 comments
BBQ & Party Last Year 2005
Sunday, January 01, 2006
Shallom all...

Image hosted by Photobucket.com

Selamat pagi dan salam ceria di tahun baru 2006 ini ;)
Apa khabar semua?sihat ka?..macam mana semalam?..ada buat party ka?..BBQ ??..mesti ada ba tu kan?.. mana juga mo miss.. Oh ya,semalam mesti kamurang busy melayan sms or call dari kawan2 yang mengucapkan selamat tahun baru kan?..Hehehe.. sia paham sia paham.. Siapa yang tertidur awal tu,memang rugi la sebab tak dapat tengo bunga api..tak kira la secara life or cuma tingu melalui tivi di rumah ja.. Kan siuk lau tengok sama2 si dia.. kekke ( Bila tengok tivi semalam,ngam2 malaysia melancarkan tahun melawat Malaysia 2007 kan ? ) Wow !! Makin maju negara sia..bangga dan bertuah jadi anak malaysia yang aman makmur nie..

Semalam jam 3 setengah pm gitu,balik rumah dan buat persiapan untuk BBQ.Huh... happy juga jadi Chef jawa aka tukang bbq nie wakaka... Pendek kata la.. ada pengalaman cucuk sayap la.. tak cukup sayap ayam,sampai jari tangan sia tercucuk.. aduh!! pedih juga. Tapi mana la peduli tu semua kalau dah naik siuk memanggang nie ;) ..Ramai juga la kami.Semuanya family causin sia.Dan pekerja diorang...miahahaha...nakal juga la sebab ada budak kecil yang comel buat lawak time memanggang tu..terhibur.Tapi,masa tu i really miss my sist.. adeh...nda sabar lai mo chinese new year nie..mo balik Ranau.. mo p jumpa diurang !! Family sia di Ranau.Lama suda nda jumpa sama diurang.Semalam,diurang di Ranau pun buat BBQ party juga.. wa mesti siuk.3 Tahun dah nda bersama2 diurang party last year nie.Tahun nie,adik selepas sia,masuk form 4 & adik bongsu sia masuk darjah 2 ..hehe..jauhnya jarak kelahiran !! Miss u Ranau, arghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!

Fuyooo ~~ !! semalam punya la kenyang..keke, biasalah perut dibiarkan kosong sedari petang.Tak sentuh apa2. Lepas jer memangang tu,time makan..sedapnya !! miahahahah nie la saat yang paling ditunggu2 ..sayap ayam,udang,sotong,ulam ... bila di + dengan sambal belacan or cancaluk memang sedap !! nyum nyum ...perut kenyang senang hati :D sampai nasi dalam pingan pun rasanya tak disentuh tau miahahahaha ;)..

SMS bah samalam... banyak yang masuk.. sorry kawan2 ya.Lewat sia replay..biasalah chef kan miahahaha !! Lepas jer memanggang tu, berkemas dan masa tu barulah boleh balas sms kawan2.Full bah sms belum dibaca.Pas tu...bila di delete msg yang lama2 tu,masuk lagi yang baru.Paling siok bila ada kawan2 yang lain call..hehe..1st time dengar suara c well ..ngeh ngeh.. pounsikou kio tanak wagu... jan sija ko kalapik nie pagi2 kio..ko nie kan miahahahahha....Emm ,ry, makasih call sia balik kio.. Ngeh ngeh ...buli tahan juga bro ko nyanyi "sayang kinabalu" ahh ..Paling sia tension,lepas ja jam 12mlm,Digi punya line busy la !! kin panas owh adei !! Sorry kawan2 yang tak ter "replay" sms nya...siou kio ry nda sia ter call ko samalam siou....

"Apa azam baru ?? apa2 pun,good luck kio ;) God Bless u ..Good bye 2005 & welcome 2006"

~~~~**..:: make a wish...make a wish::..**~~~~
posted by F!oNa @ 10:27 AM   0 comments



:: About Me ::

Name: F!oNa
Home: RaNaU, SaBaH, Malaysia
About Me: Funny,sporting,understanding
See my complete profile
:: Let's Chat Here ::

:: YaN's Promo ::

Dapatkan di pasaran sekarang Juga.Cepat!! Sementara stok masih ada.. Beli yang Original :)

:: INFINATEZ 4EVA ::

:: Cutie Logo ::

:: My Friends ::
:: My Fav. Web/Blogsite ::




About Kaamatan








Noni AF5 Blog

Secret Loves




:: Sabahan Artis ZonE ::
:: Studio Rakaman ::
:: Ch@Radio/TV ::
:: Songs,Mp3&Lyrics ::


:: Kredit & Fav.Grup ::
:: Previous Post ::
:: Archives ::
:: Powered by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ^Love^Peace^Joy^ Template by Isnaini Dot Com