^Love^Peace^Joy^

" Love is a beautiful smile to which nothing compares A tanderlaugh,which opens your heart A single touch that melts away your fears A smell that reminds you of the tenderness of heaven A voice that reminds you of the innocence of youth "

 
:: Time Now ::
:: My BlogSite ::
.: ^Love^Peace^Joy^ :.

.: I Love Jesus :.

.: SMS Studio :.

.: TJC Talent Studio :.

.: Nazwa Naslie-Zone :.

.: SMS-Lyrics :.

.: TJC-Lyrics :.

.: Nazwa Naslie-Lyrics :.

:: My Calender ::

:: My Songs ::

:: My Foto Album ::
:: My Idol ::
My Idol

Linda AF2

Felix AF3
Lotter AF4
Hilary Duff
Jay Chou
Linda & Felix

:: YaN's Video ::
:: Who Online? ::
:: YaN's 2nd Counter ::
Apa Komen Finalis ABPBH 2005
Thursday, February 23, 2006
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2005

Image hosting by Photobucket
Majlis penganugerahan bagi edisi ke-19 anugerah itu, akan berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 26 Februari ini.

Hadiah menarik lain ialah set barang kemas bernilai lebih RM250,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre; barangan elektrik JVC sumbangan JVC Sales & Service; pakej percutian mewah Hotel Palace of the Golden Horses dan pakej percutian bersama artis popular tajaan Royal Brunei Airlines dan The Empire Hotel & Country Club.

Keseluruhannya, hadiah sumbangan penaja untuk ABP2005 kali ini dianggar bernilai lebih RM500,000, sekali gus mengekalkan anugerah ini sebagai acara paling gemilang dan berprestij di negara ini.

Image hosting by Photobucket

SHAZZY
“TERKEJUT juga apabila saya disenaraikan sama dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular. Saya berasakan, pencalonan ini menjadi perkembangan yang cukup sihat kerana saya kini sedar, kehadiran saya dalam industri turut mendapat perhatian peminat. Saya tahu, kebanyakan finalis lain ialah artis daripada program realiti (Mawi, Zahid, Bob), manakala saya pula artis yang lahir daripada bakat yang dicungkil komposer Ajai. Cabarannya ada, tetapi saya tidak mahu memikirkan soal kalah menang. Dicalonkan ke Top 5 sudah memuaskan hati saya.”

Image hosting by Photobucket

KUMPULAN VE
“KAMI bersyukur kerana ada peminat yang sudi mengundi kami. Kami juga sedar, calon lain semuanya kuat. Kami tidak menyangka turut layak ke Top 5. Begitupun, kami berterima kasih kepada pembaca Berita Harian yang memilih VE ke ABPBH 2005. Insya-Allah, jika diizinkan, kami akan turut serta dalam road tour ABPBH kali ini. Jadual kami ketika ini agak ketat juga, dengan projek album bungkusan semula serta persiapan menghadapi Juara Lagu.”

Image hosting by Photobucket

JINBARA
“SESUATU yang sememangnya tidak dijangka, umpama memberi hikmah kepada apa yang berlaku kepada Jinbara kebelakangan ini. Dalam keadaan Jinbara yang terumbang-ambing selepas pengunduran vokalis dan dua anggota lain, Tuhan memberikan kami sesuatu yang cukup indah. “Pencalonan ini memberi semangat untuk kami terus berjuang dan sebagai bukti akan tetap membajai benih seni yang disemai supaya terus bercambah dan mekar.”

MIRWANA
“TERIMA kasih kepada peminat yang terus melihat dan memberi kepercayaan kepada Mirwana. Selepas 13 tahun bermula dengan nasyid di sekolah, Mirwana terus berkembang dan alhamdulillah, 2005 menyaksikan pencapaian yang cukup gemilang kepada kami. “Pencalonan dalam acara anugerah anjuran Berita Harian ini memberi ruang kepada kami untuk terus memperkenalkan karya dan nama menerusi hiburan alternatif berteraskan Islam untuk semua kelompok masyarakat.”

Image hosting by Photobucket

SHARIFAH ZARINA
“KETIKA bermula saya sendiri goyah memikirkan penerimaan peminat. Apatah lagi dengan segala macam kontroversi, saya sendiri runsing memikirkan reaksi peminat. Namun, semua itu sudah berlalu. “Pencalonan dalam ABPBH 2005 melenyapkan keraguan itu. Ternyata status bukan lagi halangan kerana peminat sentiasa memberi sokongan untuk melihat bakat saya terus maju dan karier berjalan cemerlang. “Insya-Allah, ia juga memberi saya kekuatan untuk meneruskan lagi promosi album dengan single kedua, juga lagu ciptaan Azmeer, Bukan Dipaksa.”

Image hosting by Photobucket

BOB
“SUNGGUH bermakna, pencapaian yang membanggakan dan saya melihat kepercayaan ini sebagai amanah besar peminat. Dari pencalonan ini, saya yakin matlamat dalam bidang seni tercapai apabila percubaan untuk menyatakan perjuangan kepada peminat semakin menampakkan hasil. “ABPBH 2005 bukan sebarangan, sebaliknya ia sebagai platform yang berkesan untuk meneruskan kerjaya seni. Pernah dulu, saya tertanya mampukah bertahan dengan kemunculan bintang AF3 tetapi pencalonan ini membuka mata saya. “Saya percaya perjalanan yang dilalui dengan ikhlas akan membuahkan hasil walaupun di hadapan pelbagai cabaran yang menanti. Saya sentiasa kuatkan semangat untuk terus mencuba dan terima kasih kerana sokongan semua, saya masih lagi diterima.”

*****

Imuda abadi wajah bintang popular


Image hosting by Photobucket
CANTIK: Imuda mempamerkan kira-kira 50 lukisan artis terkenal di ruang legar Balai Berita.

Antara artis yang diabadikan wajah mereka oleh pelakon yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia lukisan ini ialah Anita Sarawak, Siti Nurhaliza, Maya Karin, Dian Sastrowardoyo, Datin Seri Tiara Jacquelina, Deanna Yussof, Sheila Majid, Datin Seri Normala Samsudin, Britney Spears, Joss Stone, Rekha, Rosyam Nor, M Nasir dan Amy Search.

Pelakon yang terkenal dengan watak komedi itu memang berjaya menghasilkan lukisan berbentuk potret artis yang sebelum ini pernah memenangi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dalam tempoh 10 hari.Lukisan berkenaan, bersama kira-kira 40 potret artis terkenal tempatan dan antarabangsa lain kini dipamerkan di ruang legar Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, sehingga hujung Februari ini.

Selepas ini, Imuda ingin menghasilkan lukisan 20 wanita tercantik di Malaysia pula.

*****

Calvin taja empat artis ABPBH 2005


Image hosting by Photobucket
SENTUHAN SENI: Calvin dengan lakaran gaunAnita dan Marsha

PELUANG menaja pakaian empat artis popular untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPHB) 2005 amat berharga bagi pereka fesyen muda, Calvin Thoo, 35.

Katanya, peluang ini adalah satu penghargaan baginya apatah lagi beliau mereka fesyen pakaian diva pujaan ramai, Anita Sarawak yang sememangnya hebat bergaya setiap kali muncul di khalayak.

Calvin juga menyediakan pakaian Adibah Noor, peserta akhir Akademi Fantasia, Marsha dan pemenang Mentor TV3, Pija.


Image hosting by Photobucket

-Marsha akan bergaun labuh keemasan bermanik yang menampilkan gaya bergemerlapan sesuai dengan tema anugerah itu dan kemunculannya sebagai penyampai anugerah.
**sama2 kita nantikan kemunculan Marsha kebanggan kita yaa....






posted by F!oNa @ 10:13 AM   0 comments
AF4 vs FINAL WORLD CUP ?
Sunday, February 19, 2006

Image hosting by Photobucket

AF4 Vs Final Piala Dunia?

Demam AF datang lagi. Pengumuman mengenainya telahpun disiarkan berkali-kali di Radio Era fm. Melihat kepada tarikh uji bakat, rasa-rasanya adalah pada bulan yang sama seperti tahun lepas. Oleh itu kemungkinan besar tarikh pengajian AF4 juga hampir sama iaitu pada awal bulan Jun nanti. Ini bermakna program AF4 akan bersaing dengan program siaran langsung kejohanan final Piala Dunia.

Image hosting by Photobucket


Kenapa AF4 tidak dibuat lebih awal? Pihak ASTRO tak takut kehilangan penonton?. Piala Dunia 4 tahun sekali, AF setiap tahun. Maka, apa impaknya kepada peminat setia AF di Malaysia?. Secara logik,ada. Ini kerana program siaran langsung piala dunia adalah program paling popular di dunia setiap kali kejohanan ini diadakan.

Walau bagaimanapun saya percaya pihak ASTRO telah membuat kajian mendalam tentang perkara ini. Boleh jadi juga ASTRO telah mengambil kira fakta bahawa kebanyakan penonton AF adalah perempuan. Oleh itu dijangkakan AF akan tetap mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini. Kepada peminat piala dunia yang mempunyai ramai ahli keluarga wanita, isyarat telah diberikan untuk anda mendapatkan sebuah TV baru.

Berminat untuk memasuki AF4?, klik Borang Di sini

Ada AF Lagu

Untuk musim keempat Akademi Fantasia (AF4) ini, penonton di rumah diberi peluang untuk memilih lagu2 yang bakal dinyanyikan oleh pelajar-pelajar AF setiap minggu di Konsert Mingguan dan juga di Konsert akhir! Penonton di rumah boleh menghantar seberapa banyak undian AFLAGU yang anda mahu menerusi SMS. Sepuluh (10) lagu yang mendapat undian tertinggi dari penonton akan disenaraikan di laman web AF4 dua kali seminggu setiap Selasa dan Jumaat.

Undian AFLAGU dibuka dari jam 12 tengah malam, 10 Februari 2006 hingga 11.59 malam, 31 Mac 2006.
AFLAGU terbuka kepada semua pengguna telefon bimbit di Malaysia:

- Maxis (012/017)
- Celcom (013/019)
- DiGi (016).


Kadar premium AFLAGU ialah RM0.50 dan kadar ini tidak termasuk kadar sms biasa yang dikenakan oleh telco.

Cara menghantar undian AFLAGU: Taip AFLAGU ke 32999
Contoh:
AFLAGU GEMILANG Jaclyn Victor
Undian AFLAGU ini tertakluk kepada
syarat dan terma.

Jadual Sesi Ujibakat
Feb 18 & Feb19: All Asia Broadcast Centre (Astro), Kuala Lumpur
Feb 25 & Feb 26: Merdeka Palace Hotel, Kuching
March 4 & March 5: Grand Continental Hotel, Johor Baru, Johor
March 9 to March 12: Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

March 25 & March 26: Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu
April 1 & April 2: All Asia Broadcast Centre (Astro), Kuala Lumpur


Anda mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan warganegara Malaysia. Isi borang dan kirimkan bersama foto bersaiz 3R kepada:
Unit Penyelaras Peserta,
Akademi Fantasia,
Tingkat 1, Pusat Penyiaran Asia,
Taman Teknologi Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.


Senarai lagu untuk ujubakat:

Lelaki : Wanita :
- Aduh Saliha (Mawi ) - Nazam berkasih (syura)
- Pupus (Dewa) - Awan yang terpilu (Ning Baizura)
- Warkah Berlagu Pilu (Felix) - Antara Dua (Farah)
- This Love (Maroon 5) - Pilihlah Aku (Kris Dayanti)
- Kata (Hazami). - If I Aint Got You (Alicia Keys).

* Terus menyokong tapi,Vince,Linda & Felix tetap nombor 1 ..

posted by F!oNa @ 11:19 AM   4 comments
LUVs KL road tour (Lawatan sambil belajar)
Saturday, February 18, 2006
Shallom...

Emmm seronok sangat la kelmarin ,(17 Febuari) sebab LUVs kL (Linda United Voices) datang jumpa sia di KB..dei.. happy o !!!
Kemarin diurang pi lawatan sambil belajar kunu tu di KUDAT.. Lepas pi kudat,diurang sempat ke kedai c Tinnie (LUVsabah)..
Kira2 jam 7.15pm barulah dapat jumpa diorang semua..


Image hosting by Photobucket

So sporting la diurang semua nie.Special thank's for abang Hasbullah aka abang Has sebab bawa diorang singgah ke KB.Dei sedih juga la sebab ndak dapat join diurang ke kudat..sowey semua ;p .Masih ingat sia abang has call,"Hello...ini yan ker?..-yes..it's me...ini abang has kan?.. Tak...ini dari astro.Kami nak mengajak anda masuk ke ujibakat AF4 " -Dei!!! palis2 c abang has nie..pandai begurau juga da owh miahahaha... lucu tau !! =))

Kak Diana,miss sixty,kak huda,miss lolly,che pah,??,?? & abang Has... so sorry sa lupa nama kakak yang dua nie.Diorang semuanya sporting2.. kak Huda sempat berjual beli ngan sia itu vcd c linda ba..dei kekeke.. ya la mana mo ketinggalan kan?. Pas tu begambar ngan diorang.Diorang sempat ajak sia ke Ranau esoknya tapi sia keja ndak dapat cuti.Ahad nie diorang mo p Monsopiad,Penampang.Mo pi tingu tempat c linda ke promosi album da yang 27 Jan.& at last balik sebab masa tu ,abang sia pun mo balik da..balik rumah sebab dah jam 7.30.. pas tu abang has msg,diorang selamat sampai kat KK around 9.30pm/10.00pm. Kesian durang lewat sampai KK bap ujan gia.. Ndak puas la jumpa ngan korang semua!! Baru tadi abang Has message sia.Dia kata,"Yan kami kat rumah Linda sekarang nie...." deiii jilos sia...have fun kio semua ;) ...take care n God bless Us ;)

Happy jumpa dengan diorang nie.Akhirnya impian dah tercapai tapi,Kak Cinta belum dapat jumpa lai...n yang lain2 tu..


it's me,
Image hosting by Photobucket
posted by F!oNa @ 1:29 PM   0 comments
Happy Valentine's Day 2006
Sunday, February 12, 2006
Image hosting by Photobucket

Selamat hari kekasih sedunia pada semua kawan2...setiap tahun,tanggal 14 Febuari adalah hari yang ditungu2 oleh pasangan2 cauple.Hehehe... pada mereka yang pernah meraihkannya,atau bertemu jodoh pada hari tersebut,mesti tersenyum bila tanggal 14 febuari ini menjelang.Namua di sini ada pertanyaan.Adakah hari kekasih ini hanya untuk pasangan2 bercinta?.. bolehkah ia dirayakan bersama keluarga tercinta?.. Mestikah hanya pada hari tersebut sahaja hari untuk kekasih saling meluahkan cinta?..
No no...kasih sayang itu perlu berlaku setiap detik..tak semestinya dengan ucapan.Dari tindak tanduk dan perbuatan pun boleh menyatakan cinta itu... (hehe macam la sia tau butul ..)


Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket
- Cinta itu bertindak menerangi,memandu,dan melindungi orang yang tersayang bagaikan lilin ini yang melambangkan kehidupan penuh cintakasih.

Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Each time i look into your eyes
I know our love is real
My feelings for you grow each day
Do you know how i feel
I've never felt this way before
I hope that we will last
I'll stand by you through thick and thin
Forget about the past
I can't hope loving you
I need you in my life
Maybe one day if my dreams come true
I'll have your love forever
Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
Image hosting by Photobucket
* Shallom.. emm apa mo cakap nie ahh.. "hari kekasih" <-- sebenarnya apa yang perlu dikongsikan masa tu?.. kenapa mesti dirayakan?.. hehe sa netau la apa mo cakap sebab nda pena pun celebrate ..sama kawan2 sija la time sikul2 dulu.
Siuk juga di sikul dulu.. ada kad misteri tiba2 datang laa... rose laa.. coklate laa... dei,miahaha misteri lagi tu bah.. Haihh..
Tahun 2004 dulu time 13hb tu pigi di Rasa Ria resort with my sist. & causins..14 feb '04 & '05 di cc sija keja..keke . Nampaknya tahun nie pun sama.. uikss.. lama da nda celebrate sama my best friend,Laisah aka Lai ;) miss u dear !! Dia pun mesti celebrate Valentine's Day dengan bf dia tu.. dei takkan sia mo kacau daun pula ;p .. Hehehe.. ba aramaii tih sija la ;p
Image hosting by Photobucket~ Kasih Itu Segalanya ~Image hosting by Photobucket
posted by F!oNa @ 11:07 AM   0 comments
Karnival Kebudayaan (11-12 Feb'06)
Bertempat di Dewan Masyarakat Kota Belud dan di padang pekan Kota Belud.Ia telah diadakan sejak 11 Febuari dan tamat pada hari ini iaitu 12 Febuari.Emm pada sesiapa yang dapat datang ke padang pekan,jangan lepaskan peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan.Semalam,temubual tentang Karnival Kebudayaan ini telah diudarakan di radio Sabah bahagian dusun.
Kepada sesiapa yang tak sempat mendengarnya,ia berkaitan tentang ulasan aktiviti/acara yang telah dijalankan sepanjang tempoh kelmarin dalam Karnival Kebudayaan tersebut.Kita cukup beruntung kerana mempunyai pelbagai budaya,agama dan masyarakat yang majmuk.

* Uinaa kemarin kan,macam banyak permainan ala2 kampung tu dipadang.macam siuk sa dingar diurang becerita.Semalam pula ada konsert tapi indada pula tepigi.Siapa ya penyanyinya?.. mau juga sia tau.Harap ada sesiapa yang ambil rakaman sepanjang berlangsungnya Karnival Kebudayaan nie.Kalau kena jual tu vcd,sia la urang numbur 1 p beli.kekeke.. Cantik o tu lampu2 sekeliling padang semalam.Tadi pagi pula ada ramai orang di padang.Banyak juga kuda2 yang siap kena kc pakai baju bekilat2..dei,hehe kali mo ada lumba kuda tu...apa numbur ikur ahh ?? keke miahaha!! na,palis2.."kuda ku la ri gagah berani.."
pilik.... o pilik.. miss u owh..lau ko la yang p sini kb jadi jemputan,mesti kalah2 menteri owh sesak tu samut mira ;p !!
posted by F!oNa @ 10:32 AM   0 comments
sia kembali OL miahahaha..........
Tuesday, February 07, 2006
Shallom all...

Setelah lama nda dapat Online,kini sia kembali .. na na na menyibuk suda sia nie hehe !! Emm sejak paling last sia online iaitu 17hb januari, dan bermula dari 18 jan sampai lah 06 febuari barulah sia dapat online.. adui lamanya !!
okee.. nantikan sija la update terbaru sia nanti.. tu pic2 CNY ma yang lalu2 pun belum p scan lai,so ndada bahan la nie mo cerita.
emm.. mo tukar la pula lagu d blog sia nie.. keburingan suda kali hehe... adios !!

upsss s lupa lai !! makasih marc.. ko tau juga tu kan ;) ..makasih semua yang mengunjungi blog sia sepanjang sia teda.Nda juga sunyi hehe...makasih juga semua wish2 kamurang ;).

Image hosting by Photobucket

P E A C E




posted by F!oNa @ 1:06 PM   1 comments



:: About Me ::

Name: F!oNa
Home: RaNaU, SaBaH, Malaysia
About Me: Funny,sporting,understanding
See my complete profile
:: Let's Chat Here ::

:: YaN's Promo ::

Dapatkan di pasaran sekarang Juga.Cepat!! Sementara stok masih ada.. Beli yang Original :)

:: INFINATEZ 4EVA ::

:: Cutie Logo ::

:: My Friends ::
:: My Fav. Web/Blogsite ::




About Kaamatan








Noni AF5 Blog

Secret Loves




:: Sabahan Artis ZonE ::
:: Studio Rakaman ::
:: Ch@Radio/TV ::
:: Songs,Mp3&Lyrics ::


:: Kredit & Fav.Grup ::
:: Previous Post ::
:: Archives ::
:: Powered by ::

Free Blogger Templates

BLOGGER

© ^Love^Peace^Joy^ Template by Isnaini Dot Com